Sunday, February 8, 2009

PENGSAN DI PANGSUN

Memang nak PENGSAN kat PENGSUN hari tu. Bukan apa, dah lah panas terik, games yang disediakan membuatkan aku terpaksa beraksi PENGSAN kerana nak buat kumpulan kami menang untuk barangan yang disusun terpanjang sekali. Aku siap buka baju dan hampir buka seluar,nasib baik dari jauh dah nampak kumpulan kami menyusun barang terpanjang. Namun begitu,seluarku terlondeh juga kerana membuka belt untuk disusun dan berlari lalu landing baik punya bersama susunan barangan menjadikan kami juara keseluruhan. Kira tak sia-sia seluarku terkoyak kerana melangkah besar2 untuk games terakhir.

Selain dari FC lain, antara artis yang hadir semalam untuk menjayakan Riadah sambil beramal untuk Tabung Gaza NSTP ini adalah MILA, DIDDY dan NUR FATIMA. Artis yang terlibat sungguh sporting sekali dan yang bestnya mereka ini tidak sombong. Diddy dan Nur Fatima walaupun tidak menjangka akan menghiburkan peserta, namun mereka begitu sporting berduet lagu DUA INSAN. Mungkin ramai yang telah tahu yang Diddy yang sebelum ini popular dengan lagu HILANG dan Nur Fatima yang pernah meletup dengan Lagu SELEMBUT SUTERA telah menghasilkan duet yang telah pun berkumandang di corong radio tempatan. Mila pula mendendangkan lagu hitsnya AKU LEBIH TAHU diiringi penari tak profesional dan back up singer tak profesional dari DVOM.

BERGAMBAR KENANGAN BERAMAI-RAMAI BERSAMA MILA

BANNER YANG DIGANTUNG DI KAWASAN RIADAH
AKSI STACY'S FRENZ BERSAMA BARANGAN KEMENANGAN
APA YANG AKU DAN LAIN-LAIN BUAT TU?

SEBENARNYA SESI MENGIRA JUMLAH KUTIPAN TABUNG GAZA
STACY'S FRENZ BERGAMBAR KENANGAN DENGAN DIDDY & NUR
STACY'S FRENZ MINAT DAN IKUTI PERKEMBANGAN ARTIS LAIN JUGA LA
SEMPAT JUGA AKU BERGAMBAR DGN DUA PENYANYI BERBAKAT BESAR NI

NUR FATIMAH DAN DIDDY MENGHIBURKAN PESERTA
MILA MENDENDA PESERTA YANG KALAH, LUCU BEBENOR
ARTIS YANG LAIN MENONTON AKSI-AKSI LUCU PESERTA
BERGAMBAR BERSAMA LOBESS YANG DATANG DARI PERLIS



Bagus juga diadakan acara sebegini. selain dari dapat mengeratkan tali silatulrahim sesama FC, dapat juga mendekatkan jarak antara artis dan peminat. Ya...la, kadang ramai yang sangka artis tu sombong, artis ni demand, tapi bila kita dah dekat, taulah kita yang mereka ini sungguh ramah. Tahniah kepada DVOM kerana menganjurkan acara ini dengan jayanya.















Wednesday, February 4, 2009

CAMPING KAT PENANG, TABUNG GAZA & CAMERON HIGHLAND

Dah lama tidak pergi berkhemah sambil bercuti, tetapi baru-baru ini...hati berbelah bagi untuk mengikuti Percutian Stacy's Frenz ke Penang selama 3hari 2mlm. Mana tidaknya, kerana walaupun percutian itu kami telah rancang pada awal januari semasa meeting bersama Stacy, tetapi tiba-tiba Stacy nak juga saya dan ahli yg lain hadir ke Majlis Amal Gaza yg diadakan pada hari kedua percutian SF. Sebagai ketua, tidak sanggup pula untuk kecewakan ahli2 lain yg saya anggap more than friends. Lalu saya mengambil keputusan gila, iaitu mengikuti rombongan SF ke Penang pada 30hb.Jan, lalu next day 31.Jan bertolak seawal pagi ke KL ( untuk Tabung Gaza NSTP ) dan lepas tu kembali lagi ke Penang. Huh...letih gila, tapi saya enjoy bercuti dgn SF dan pula memang suka menyertai aktiviti Amal sebegini demi membantu pada yg susah kerana saya tahu kesengsaraan sebegitu kerana saya berasal dari keluarga susah. Itulah saya suka terlibat dalam mana2 Charity Fashion Show sebelum ini. Ya la, bila lagi nak beramal...kan, selagi daya, selagi kuat saling lah membantu sesama manusia, usah fikir soal agama. Ada juga maknanya kita berFC atau berpersatuan, bukan seperti yang orang di luar sana fikir yg kita ni sekadar Hu HA HU HA...tapi biarlah ada makna dan matlamat ber FC ni. Bersama lah kita berdoa agar Palestin menjadi satu bangsa yg merdeka dan memiliki negara yg berdaulat dan bermaruah.
MEMANG RAMAI YG MENYERTAI PERCUTIAN INI, SERAMAI 16 ORG
AWAL PAGI LAGI KENA BANGUN UNTUK BERTOLAK KE KL

MAKAN BERAMAI-RAMAI DI AMCORP MALL



ANTARA AHLI STACY'S FRENZ YANG MENYOKONG TABUNG GAZA NSTP

SELAIN MENJUAL KEY CHAIN, KAMI JUGA MENJUAL T.SHIRT STACY'S FRENZ UNTUK DISALURKAN PADA TABUNG GAZA, HANYA ITU YG SF MAMPU BANTU

STACY DI BOOTH WALL'S MELELONG ICE CREAM UTK TABUNG GAZA

SEBAHAGIAN LAGI PENYOKONG STACY YG KEBETULAN DATANG
INI MASA KAT CAMERON HIGHLAND...BESARNYA LOBAK PUTIH NI

SUN & LIANA SEMPAT BERAKSI WALAU BELUM BASUH GIGI, RIANA MASIH LAGI BERBUNGKUS...PATUT LA SUBUR BADAN..KUAT TIDO RUPANYA

SEM PAT JUGA BERAYA GONG XI FATT CHAI KAT UMAH SISTER MRS.X DI IPOH

MELEPAK DI LUAR KHEMAH PADA MALAM HARI

INILAH RUMAH KAMI SELAMA BERKAMPUNG DI PENANG HARI TU

MAKAN TIME KAT CAMERON SEBELUM BALIK KE KL













Monday, January 19, 2009

LIKE FATHER, LIKE SON

Betapa kuatnya penangan Juara Lagu ke23 kali ini, sehinggakan ahli keluargaku sanggup datang jauh dari Tawau semata-mata untuk memberikan sokongan pada Stacy. Tapi yang pastinya buah hatiku datang juga . Seramai 8 orang datang pada 15hb Januari iaitu 3 hari sebelum Juara Lagu. Maka pada pukul 1.08 petang kapal terbang mendarat di LCCT.
Di perkenalkan, inilah dia buah hati ku yang mewarisi segala-gala yang ada pada diriku.
Dalam gelisah menanti, sempat lagi mengambil gambar jadual ketibaan

Manja dan nakal, memang mewarisi SIFATKU

Sempat membawa dia ke Taman KLCC untuk bermain, tapi X sempat mandi kerana kolam dah tutup
Suka buat memek muka, mewarisi KELETAHKU
Me and my mum 65yrs, mak aku baru pulih sikit dari stroke
Suka bergambar mewarisi TABIATKU
Suka senyum mewarisi ASETKU

Suka Pose di hadapan kamera juga mewarisi bakatku
Adeh...Xde pose lain selain PEACE tu ker?
Dia siap bawa BEDAK BATU atau kat sini kata bedak cina

Sejak kecil aku pakai bedak ni kerana sekeluarga hanya mampu membeli bedak ni. Bedak ni jimat dan tahan lama, kerana kalau bedak yg lain, bila dipakai...50% jatuh berhambur tetapi bedak ni tidak. Hingga kini kami suka walau dah mampu beli bedak yang lain, tapi yg pasti...dia mewarisi aku memakai bedak yg sama sejak kecil. Kiranya inilah model iklan bedak batu, wakaka.












Saturday, January 3, 2009

NAIK BOT PELANCONG BERSAMA ARTIS DAN PERSONALITI TV

Agak lama tak update Blog ini kerana kesibukkan yang tak terjangka. Selepas Party X'Mas 25.Dec, baru hari ini dapat update Blog. Bukan tak ada bahan, ada banyak bahan dan photo2 yang disimpan cuma tidak ada masa . Bayangkan dalam 24 jam, pagi hingga ke petang di set pengembaraan TV3, sebelah petangnya pula ke Penang, itupun sampai Penang dah tengah malam dan keesokannya selepas urusan di Penang tamat, berkejar pula ke KL untuk birthday anak buah Mrs.X. Dah sampai KL dah malam. Nanti la dalam post lain aku sertakan gambar dan ceritanya sekali. Berbalik pada program TV3 ini. Memang seronok bila dapat menaiki Cruise bersama penyampai TV3 dan artis-artis yang lain antaranya, Ifa Raziah, Sharifah Zarina, Dayangku Intan, Azizah ariffin, Ruhil Shafinaz, Nieyl Mentor, Lisdawati dan suami.
POSE DI DALAM CRUISE
SEMASA PENGEMBARAAN TENGAH BERLANGSUNG
BERGAMBAR DI DECK CRUISE


CANTIKKAN SETTING MEJA MAKAN NI...ERM.....

BARISAN JELITAWAN PERSONALITI TV3
ERM...BUKAN HANYA MINUMAN TU CANTIK PRESENTATIONNYA, MALAH SEDAP

LISDAWATI,SUAMI DAN SHARIFAH ZARINA SEDANG MENJAMU SELERA
LISDAWATI BERAKSI ALA-ALA MOVIE TITANIC SEPERTI WATAK ROSE
INILAH SHARIFAH ZARINA YG POPULAR DGN LAGU ' LANGIT KE 7 '

PEMANDANGAN CRUISE DARI LUAR
BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI

Ok, mungkin ramai yang ingin mencuba menaiki Cruise ini. Memang satu pengalaman yang menyeronokkan, harganya hanya RM200 berserta dgn set makan sekali. Tapi kalau anda naik Cruise ini, Xde la artis2 tersebut, kalau nak juga...kena la tunggu aku naik so...dapat la juga naik Cruise dgn Seorang Model Yang Terlampau wakaka.










KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.