Dodol adalah sejenis kuih tradisi di Semenanjung Malaysia. Di Sabah memang payah nak dapat kuih sebegini kecuali musim Hari Raya itupun jarang sekali ada. Saya biasanya akan membeli sehingga 50 paket @ RM4 sepeket. Semalam saya merasai pengalaman mengacau dodol yang jarang orang dapat rasai pengalaman sebegini kecuali orang di kampung itupun jarang-jarang sudah. Terima kasih pada Kak Heze yang beria-ia sangat mengajak saya bersama memeriahkan kumpulan kami yang dinamakan Blogger Club yang meriah, dan mendapat perhatian ramai mengalahkan peserta Puteri Umno pada malam itu. Hampir 50 kumpulan yang terdiri dari 5 orang setiap satu kumpulan makan seperti satu kampung yang turun padang dan suasana gamat dengan pelbagai aksi. Antara orang besar yang turut hadir adalah YB Dato Hj. Abdul Rahman Hj. Palil ( Adun Sementa ), Dato' seri Dr. Mohamed Khir Toyo dan YB Datuk Seri Hj.Noh Bin Omar.
Bayangkan dalam 24 jam semalam saya hanya tidur selama tiga setengah jam kerana seharian di kolej dari 9 pagi hingga 8 malam lepas tu bergegas ke Klang dari 8 malam hingga 3 pagi. Saya masuk tidur jam 4 pagi dan bangun semula 7.30 pagi untuk bekerja. Walaupun tidak cukup tidur dan lengan sakit mengacau dodol hampir 5 jam, tetapi rasa seronok kerana dapat pengalaman sebegini dan pertama kali merasa Nasi Ambeng. Yang penting saya membawa balik 3 container hasil tangan sendiri mengacau dodol. Pada kawan-kawan blogger terutama Kak Heze, Rhuddy, El Zeffri dan Remi Leng Chai, terima kasih, rasa seronok sangat.

7 comments:
wah terus update tu....huhu akak pun nk ucapkan pada kos yg sudi join kaco dodol nie...hehehe
wlaupun fenat tapi kenangan terindah ini xkan akak lupakan smpai bila2...
thanks again...
To be honest, saya walaupun orang melayu dan lahir di kg, tetapi tidak pernah lagi mengacau dodol, bukan tak teringin tapi tiada peluang tambahan lagi segala2nya main siap beli sekarang ni. Pic2 menarik dan saya dapat rasainya melalui pic2 tersebut. X sangka YB kita pun sanggup turun padang. Rasanya U bertuah dari saya dan berjuta lagi org di Malaysia ni kerana dapat merasai pengalaman sebegini.
Serononknya tengok U kacau dodol tu. Saya pun teringin nak rasai pengalaman kacau dodol ni tapi Xde peluang. rasa malu pula org sini Xtau lagi benda tu dan U org sabah dah pernah alami. nak dodol sikit hahaha
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI maaf zahir batin
bestnyer dodol....
kos,
nti tukar yer, link blog ayuayumie kepada blog baru akak nie, blog tu dah lama berkubur.
http://casasafiyya.blogspot.com
kos,
nti tukar yer, link blog ayuayumie kepada blog baru akak nie, blog tu dah lama berkubur.
http://casasafiyya.blogspot.com
Post a Comment