Sunday, June 6, 2010
PICNIC BERSAMA STACY & CHAQ @ SG.CONGKAK
Setelah merancang sekian lama, sejak awal tahun lagi akhirnya dapat juga menjalankan aktiviti riadah bersama Stacy pada kali ini. Maklumlah Stacy asyik sibuk dengan show dan bertanding sebelum ini. Selalunya program sebegini memang payah nak menjadi kerana kesibukkan Stacy, jadi tanpa dirancang dengan teliti, ada jer masa free Stacy, terus sambar dia, on jer picnic ni.
Hampir lagi tidak jadi kerana perkelahan telah dipersetujui oleh emak Stacy pada hari sabtu 5hb.Jun, tetapi dibatalkan kerana Stacy terlibat mengadakan persembahan pertandingan akhir Cheerleaders di Stadium Negara. Mula-mula hampa juga kerana selalu begitu akhirannya. Tiba-tiba mak Stacy call Mrs.X, kata buat keesokkan harinya iaitu Ahad, lagi cantik kerana saya cuti...cuma too short notice, ramai ahli yang tidak dapat pergi sekali.
Memang perkelahan ini sangat menyeronokkan kerana saya sendiri telah lama tidak pergi berkelah. Kebetulan emak Stacy ada di KL sejak Chelton kemalangan. Manakala kakak Stacy si Cherry pula datang ke KL selepas berkahwin dan menetap di Sabah. Selain Cherry, adik bongsu Stacy iaitu Aldrich pun datang ke KL bersama makcik dan sepupu si Stacy, lalu meriahlah jadinya dan semacam percutian keluarga.
Semangat kerjasama tetap diamalkan seperti biasa dimana setiap ahli membawa sesuatu untuk dikongsi dan dimakan bersama. Lalu perkelahan ini menjadi pesta makan di maana ada stimboat pelbagai fishball, mushroom, ketam ball, prawn ball, chicken wings, nasi goreng, ikan panggang dan udang panggang selain buah-buahan dan minuman. Apa yang pasti, semua yang datang merasa puas dan gembira dapat mandi-manda bersama Stacy dan Chaq.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
aiyaaarrkkk g kelah xmo ajak akak tau....mencik!! hahahaha
sorry KAK HEZE, X berani nak invite kerana X sure jadi ker X. Ni pun nasib baik jadi padahal asalnya kami nak picnic saturday, jadi sunday pula sebab Stacy tetiba ada last minit show sabtu tu
kelakar la, u posing tu...mcm posing maut godaan sang Arjuna. Bertuah u guz rapat dgn Stacy & Cahq
wah chaq da ade rambut..ahaaaaaa...kos make sure when i turn up 2 kl..i nk joint any event k...jeles aku rasaa!
Bestnya dapat picnic bersama Stacy. Seluar U tu ketat sangat la, siap dgn aksi mcm tu ha X 3
Post a Comment