Dalam situasi begini, lagu 'Lelaki Ini' senantiasa berkumandang dan bergema ditelinga yang sepatutnya ku tujukan padanya. Lagu 'Pergi' pula mengundang rasa awan yg terpilu dibenak kalbu. Namun buat apa tenggelam dalam kesedihan jika ada ramai yang memerlukan komitmenku. Keluarga, rakan-rakan dan kerjaya semuanya menanti dengan penuh harap, dan semua ini menjadi semangat untukku bangkit semula bukan untuk menyelusuri jalan-jalan lalu dan menjejak bayang semalam, tapi mencari arah hidup baru dan menerima kekecewaan ini sebagai takdir dengan penuh rasa syukur sambil memujuk diri bahawa ada hikmah disebalik semua kejadian. Langkah semalam semakin hilang jejak, dihembus angin duka dan kini hanya tinggal samar bayangan yang tak mampu ku usir, tetapi akan ku cuba sepenuh daya dengan kekuatan hati.
PERGI
-
Sayu, tepisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
-
Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku - kau irama terindah
Tak lagi ku dengari
Kau pergi... pergi
-
Sepi, tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau ku lupa
Apapon kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia
-
Music by Pete Teo
Words by Amran Omar & Pete Teo
3 comments:
Kenapa ni? mcm sedi jer bunyinya. Jgn ikut rasa sedih sangat, kita ni kena ikhlas pada hidup dan diri kita kalau kita nak berjaya. Semoga awak dapat kebahagiaan yang sebenarnya.
Ingin rasanya merawat luka mu kalau diberi peluang. Sememangnya dunia cinta mcm tu, kita suka dan syg kat org, tapi org pula tidak sudi. Bagusnya anda tidak menyalahkan diri sendiri atau dia, be positive ok. - virgo28@gmail.com
Apa ni sedih2, jgn mcm tu. Kawan2 kat SAF kan ramai, jgn pendam perasaan, nanti gila. - Stacy Angie Frenz
Post a Comment