Di bawah adalah petikan dari berita Minggu:-
ADEGAN pergaduhan Puteri Sarah Liyana nampaknya bukan hanya dalam filem Lu Fikirlah Sendiri De Movie, sebaliknya turut berlaku selepas majlis pratonton filem itu di sebuah pawagam Di Damansara, baru-baru ini. Gelagat Sarah dan kekasihnya, iaitu model dan juga pelakon baru ( Tari Tirana, Tv3 ), Ammar Alfian Aziz memang agak mengejutkan orang ramai yang berada selepas majlis itu. Ia boleh dianggap agak memalukan. Kalau ya pun nak bergaduh atau berperang, takkan depan orang adik ooi...
Dah namanya pelakon utama, mestilah Sarah jadi tumpuan, bergandingan pula dengan juara Raja Lawak, Nabil, tentulah lensa kamera dihalakan pada mereka. Nak jadikan cerita, adalah sekumpulan jurugambar yang minta Sarah dan Nabil berposing mesra, bukan berpeluk bagai nak rak pun, hanya ambil gambar rapat-rapat dan Nabil terpegang bahu Sarah, tetapi kekasihnya Sarah, si Ammar ni tiba-tiba macam naik angin, mungkin cemburu tak bertempat.
Si Ammar boleh siap 'sound' seorang jurugambar, "tak boleh ambil gambar elok-elok ke?"
Apa yang membuatkan Raja dan teman-teman wartawan lain tak puas hati, Sarah boleh siap salahkan jurugambar berkenaan, katanya jurugambar itu bersikap kurang ajar terhadap kekasihnya. Hai, sudah terang lagi bersuluh. Masalahnya, perkara itu berlaku depan mata teman-teman Raja, mereka lihat sendiri sikap Ammar yang tidak profesional itu.
Sudahlah datang majlis orang, buat kecoh pula. Kalau tak mahu kekasih bergambar mesra atau ambil gambar `daring' dengan pelakon lain, suruh saja si Sarah tu duduk rumah, jangan jadi artis.
Peliklah, cakap saja berdegar-degar pernah bekerja dengan syarikat antarabangsa dan selalu ke luar negara, tapi pemikiran...? Ammar pernah juga ambil gambar separuh bogel ketika jadi model seluar dalam suatu ketika dulu, tak memalukan pula? Tapi, kekasih ambil gambar rapat-rapat dengan orang lain jadi masalah. Cerminlah diri dulu...
RAJA: Sebut nama Puteri Sarah, teringat filem M Nasir, Aduh Saliha yang tak siap-siap tu...
8 comments:
Saya Xnak pertikaikan apa2, itu kehidupan awak dan kerjaya, mungkin awak ada sebab tersendiri, cuma kalau boleh pic2 tu sensor la part mana2 yg patut, segan tengok, saya terpaksa skip laju2, semua berani mati punya pic.
OMG, U memang berani mati. patutlah ramai g gelar U Model terlampau. Kalau org profesional, yg tu anggap tugasan Xla ada masalahpun. Cuma memang kalau kita dah terkenal, segala hal lampau dan hal peribadi wartawan akan cuba korek kerana itu bahan penting utk lariskan baan mereka
Yg bergambar sex dgn Ammar tu mcm nyah la. Lagi satu body Ammar dulu2 ni sekeping, X cantik langsung
Huh! U betul2 berani mati beb. Jgn peduli apa org kata, mereka tu jeles. kalau Melayu yg buat mcm tu mereka diam, U org Sabah Xde masalah la, apa mereka nak ambil pot?
David punya tu bulat jer, mcm pakai pampers atau tuala wanita, patut la baru2 ni ada wartawan raba dia punya kerana nak pastikan betul ker org kata dia punya kecil jer, suara dia pun kepit...X suara jantan pun
dorang bukan gaduh sbb tu lah kose, sbb sorang jurukamera ni berkasar dgn ammar. so sarah pun turun tanya amar 'what happen' then mcm mana citer yg sebenar larik dari benda yg ditulis. Alah normal lah kose
Post a Comment