Saturday, February 13, 2010

"AF8,JOM BERKEMPEN PESERTA SABAH"

"Jom berkempen untuk peserta Sabah AF8 ni", getus sorang teman melalui telefon yang telah lama saya tidak temui. Saya terpaksa menolak dengan berderet alasan kesibukkan kerja, aktiviti seni sendiri dan kehidupan sendiri. Bagi saya cukup-cukuplah sudah. Bukan senang nak menjadi ahli sorak AF ni, permulaannya itu yang teruk kerana selain berkempen, datang setiap minggu, kewangan mesti cukup untuk membeli tiket mingguan dan perang poster. Itu belum lagi soal masa. Pada saya cukuplah dah ada seorang juara dari Sabah kerana masa itu agak geram juga kerana dari AF2-AF5, peserta dari Sabah hanya layak bergelar Naib Juara. Seleps niat saya itu berjaya, saya dah tak kisah pemenang akan datang dari mana, saya suka saja. Ini bukan soal racial atau kenegerian, tapi soal tidak puas hati bakat-bakat sebelum ini hanya layak ditangga kedua sahaja.

Memang sukar untuk mencari pewaris AF pada kali ini. Ya la, setiap tahun orang yang sama yg gagal datang lagi mencuba nasib. Itu tidak termasuk yang pernah menghadiri ujibakat pada pencarian bakat stetsen TV lain. Kebanyakkan yang datang adalah recycle. Saya sendiri pernah menyaksikan beberapa orang kenalan yang hampir setiap ujibakat nyanyian dia hadiri dan walaupun tidak terpilih, dia masih terus mencuba untuk tahun-tahun berikutnya,lalu wajah-wajah yang sama juga kita lihat walau di arena yang berbeza.

Tetapi, situasi di Sabah dan Sarawak agak berbeza kerana di sana ada ramai bakat-bakat terpendam yang jarang mengikuti uji bakat kerana jarak tempat. Untuk di Sabah, pemilihannya di KK, maka bakat-bakat bagus yang berada jauh di Tawau umpamanya, ramai yang tidak dapat datang kerana untuk ke KK memakan masa 8 jam jika menaiki Bas atau kenderaan. Jadi setiap tahun akan ada bakat yang muncul dengan suara yang lain sehinggakan ada pengadil dari program lain seperti melopong bertanya, " di mana awak bersembunyi selama ini". Sebenarnya bukan bersembunyi, ramai yang tidak dapat datang kerana jarak yang jauh.

Seperti kata Deja Moss yang sempat menilai bakat-bakat bersama cikgu Shafi, " Apa yg saya nampak, peserta di Sabah lebih baik berbanding peserta di Semenanjung. Paling ketara dari segi kualiti vokal. Rasanya itu memang kelebihan orang Sabah kerana sebutan percakapan seharian mereka 'bulat', jadi bila menyanyi, bunyi sebutan itu secara automatik akan sedap. Satu lagi, telinga mereka tidak pekak ( tone deaf ) kerana mereka dengar banyak muzik luar" komen Deja Moss pada KOSMO AHAD ( 7.Feb.2010 ). Lagi pun ada ramai yang belum pernah didedahkan lagi. Jadi sama-samalah kita menyaksikan AF8 tahun ini. Pada saya, I will enjoy the show dan akan memberi bantuan dan tips pada bakal-bakal FC AF8 nanti.

Kalau di barat, ramai yang tidak berapa serius dan tidak kisah kalaupun mereka tidak menang kerana niat mereka cukup sekadar beberapa saat muncul di TV atau mendapat perhatian orang ramai. Walaupun pada pandangan juri 90% peserta yang datang untuk audisi AF8 tidak bersedia, tetapi tidak adalah yang sampai macam peserta American Idol yang datang untuk menarik perhatian dengan berpakaian pelik, bersuara ganjil dan berperangai pelik-pelik. Cuma diharap para peserta janganlah terlalu simple kerana kali ini ada yang berselipar, berbaju selekeh, padahal mereka harus tahu yang tujuan mereka untuk menjadi bintang. kalau soal ukuran tubuh tu kita tidaklah boleh ubah, tetapi penampilan haruslah kemas dan menarik.


2 comments:

Anonymous said...

Maybe sebab org Sabah bnercampur gaul dgn org Philipines, tu la cara dan suara mereka nik kerana ramai yg tau org Philipines ni barbakat besar dalam bidang seni - AMIRUL

LIZA WORLD said...

ntah la, AF ni dah semakin hilang rasanya...mcm kurng garam dan perisa maybe org dah tau kejutan2 yg ada dan pelajar pula mcm berlakon dlm Akedemi tu, bosan lah

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.