Tuesday, November 24, 2009

JUARA LAGU 24 DIMONOPOLI ARTIS REALITI DAN INDIE

Setelah membaca review, komen dan pandangan dari beberapa akhbar dan majalah, hati saya terpanggil juga hendak menulis mengenai lagu-lagu yang tersenarai ke Juara Lagu 24. Harian Metro ada menyatakan Misha Omar satu-satunya penyanyi senior yang tersenarai ke final...padahal ramai yang tidak sedar ( wartawanpun ramai yang tidak tahu ) bahawa Alyah adalah seangkatan dengan Misha Omar...malah telah lebih awal membuat album sulung pada awal tahun 2000 lagi semasa era EMI masih kukuh. Ramai wartawan yang tidak tahu sangat tentang fakta, sama macam lepas menang Malaysian Idol, Jac buat album...ramai wartawan yang kata album sulung Jac, padahal Jac telah merakamkan album sebelum Era Millenium lagi iaitu sebelum tahun 2000 semasa lagu-lagu berkonsep ala-ala ABOT dan Cranberries yang popular dengan lagu Zombie. Rentak tersebut disebut Musik Alternatif.

Berbalik pada senarai 24 buah lagu yang layak ke final, sebenarnya Juara Lagu mempertandingkan lagu...bukan pertandingan penyanyi. Tapi maklumlah di malaysia ini, peminat lebih suka mengaitkan lagu pada penyanyi dan bukan pada pencipta. Lalu orang bukan sebut " Eh!!! lagu Edry masuk Final Juara Lagu"...tetapi Orang bersorak-sorai menjerit " Yeah!!!...lagu Stacy layak Ke Juara Lagu...". Begitulah senario dunia hiburan kita pada masa ini. Saya ada banyak membaca review bukan hanya dari pandangan wartawan, malah pada pandangan blogger-blogger juga. Ada yang hanya sekadar menyenaraikan lagu-lagu yang ke final dan ada juga yang memberi komen tentang lagu mana yang layak dan tidak sepatutnya ke final. Aku sebenarnya telah tahu lagu Stacy akan ke Final sebelum Semi Final pertama bermula lagi. Malah aku telah pesan pada RYO di Sarawak agar menempah tiket pada 10hb. Januari 2010 ini. Malah telahan aku lagu Black, Tomok dan Faizal Tahir pasti akan ke Final benar belaka. Sama macam tahun lepas bila artis realiti Ayu dan Faizal Tahir ke final ...sama seperti yang saya jangka.

Ramai Yang tidak sedar Alyah dan Misha Omar adalah artis dari program realiti juga, menjadikan pertandingan kali ini didominasi oleh artis-artis kelahiran program realiti dan artis Indie. Antara senarai penyanyi yang beraksi ( bukan bertanding ya, kerana lagu yang dipertandingkan ). Cuma pada pendapat saya, sepatutnya persembahan terbaik dikembalikan kepada peminat yang mengundi melalui sms dan oleh bukan pengadil. Cukuplah lagu yang diadili oleh juri profesional.

1.PAKAI BUANG - STACY ( AF6 )

2.MASIH JELAS - HAFIZ ( AF7 )

3.RINDU TERHENTI - TOMOK ( OIM 3 )

4.PERGI - AIZAT ( AF5 )

5.BENCINTA - FAIZAL ( OIM1 )

6.KAU AKU - AIZAT ( AF5 )

7.BENGANG - AKIM ( AF7 )

8.AKU RINDU SAYANG KAMU - BLAKE ( MENTOR 3 )

9.CINTA ADAM & HAWA - MISHA OMAR ( BINTANG RTM )

10.TAK MUNGKIN KERANA SAYANG - ALYAH ( BINTANG HMI )

11. AURORA - ( INDIE BAND / AF4 ( RICH )

12.AKU SKANDAL - HUJAN ( INDIE BAND )

13.SITUASI - BUNKFACE ( INDIE BAND )

14.DAN SEBENARNYA - YUNA ( PENYANYI SOLO INDIE )

kalau dilihat dari keputusan terbaru Juara lagu lepas banyak berpihak pada kumpulan Indie seperti ...

- ITU KAMU - ESTRANGE ( pemenang JUARA LAGU ke 22 )

- LAGU UNTUKMU MEET UNCLE HUSSAIN ( pemenang JUARA LAGU ke 23 )

Kalau format penjurian masih sama iaitu mencari sesuatu yang segar dan baru, tidak mustahil lagu kumpulan Bunkface pula meneruskan tradisi Juara Lagu dari kumpulan Indie. Tapi pada pandangan peribadi saya, tidak eloklah jika juri diberikan panduan format sedemikian kerana kalau betul format telah diberi panduan pada juri, tidak payah lagi pertandingan Juara lagu. Buat saja pertandingan lagu-lagu Indie jika mahu mencari sesuatu yang segar dan baru. Katakanlah ada 3-4 lagu segar dan baru, lalu buat apa pencipta lain buang masa dan penyanyi keluarkan modal cari props , sewa baju, bayar penari, penyanyi latar dan sebagainya edangkan dah sah-sah tahu lagu mereka tidak akan menang. Pada pendapat saya, setiap tahun corak penciptaan lagu berubah dan berbeza dari satu lagu ke satu lagu walaupun iramanya Balada atau Rock. Kita bukan lagi di zaman Rock kapak atau di zaman kegemilangan Slam dan Spring yang lagu mendayu-dayu tangkap leleh dengan irama similar atau hampir sama dari satu lagu ke satu lagu eperti lagu ciptaan Eddie Hamid dan Saari Amri pada masa dulu. Kalau nak kata cari kelainan, dangdut mix Rock pun kelainan.

Kalau nak juga kelainan, lagu-lagu Rock mix Rap atau Joget mix irama bhangra pun sesuatu yang unik juga. Atau memang Juara Lagu ini mengikut trend seperti dulu Irama Balada, lagu Aishah ( Janji Manismu ), Fauziah Latiff ( Teratai layu Di tasik madu ) menang. Bila muzik beralih ke Irama Rock, Lagu Search ( Isabella ), Shima ( Teringin ) & kumpulan Mega ( Bayangan Gurauan ) pula menang. Bila irama Nasyid dan irama padang pasir menguasai persada seni, lagu M.Nasir dan Yassin ( Mimpi Laila )pula menang. Jika masih lagi Juara Lagu ikut trend muzik sekarang, iaitu lagu-lagu Indie, baiklah semua pencipta lagu mencipta lagu Indie sepanjang tahun ni kecuali tidak mahu bertanding Muzik-Muzik...kerana jika calonkan lagu Irama Etnik kreatif atau Balada atau Pop dah sah-sah tidak akan menang. Pertandingan Juara Lagu sepatutnya tidak berkiblatkan mana-mana rentak muzik agar pencipta kita bebas berkarya dan tidak tertumpu ke satu jalur musik sahaja kerana hendak menang atau mengikut trend semata-mata. Biarlah Irama kita pelbagai warna demi memeriahkan industri seni kita yang tidak layak lagi dipanggil INDUSTRI SENI kerana industri itu sendiri bermaksud sesuatu yang pesat membangun tetapi persada seni kita semakin lesu.


9 comments:

Hezesuze said...

setujuuuuu!!!!

LIZA WORLD said...

Wah, komentar atau tulisan anda bagai wartawan layaknya kerana kupasan anda dari sudut yang sangat berbeza dan dengan fakta sekali siap tahu sejarah dan latar belakang artis tu dari mana sedangkan wartawanpun boleh salah fakta. Syabas, kerana banyak juga ulasan yang saya baca diakhbar tetapi ibarat membaca senarai lagu ke final sahaja.

MY HEART & MY SOUL said...

Oh, Alyah tu bintang HMI ker? X tau la, kalau U X tulis. Rupanya dia dah lama , ingatkan baru buat album sulung. saya Xtau pun Jac pernah ada album sebelum menang Malaysian Idol. Pasal Misha tu ada lah dengar dia sama2 masuk bintang RTM dgn Siti Sarah. Setuju Persembahan Terbaik diadili peminat, anyway...pendapat U semuanya bernas mcm beras BERNAS ha ha ha

Anonymous said...

Salam

Jangan salah anggap..kalau dah memang lagu tu segar dan baru dan tidak cliche,memang layak lah ia memenangi juara lagu.tidak perlu ade argument tentang lagu itu datang dari band indie ataupun tidak.Soalnya sekarang ialah kualiti lagu tersebut.Jangan salahkan penulis lagu tersebut kerana ianya hasil dari kreativitinya.

iyllienaz said...

nk try dapatkan jugak ticket final AJL..

farish izaryl @izreez said...

xsaba nk tgok live!

MomTom said...

persembahan terbaik rasanya juri la yg adili
sebab kalau peminat yg adili, akan jadi anugerah artis paling popular plak...
betul x?
AJL dah buat mcm tu dah sebelom ni
dan yg menang, adalah artis popular
xtawla kebetulan memang persembahan terbaik ke x

Pencinta Lelaki said...

Ramalan mu benar belaka, tahniah!

Sebelum ni pun banyak je ramalan PL menjadi, tp PL tak suka pukul canang, hehe.

Tapi nak bagitahu jugak ni,
Nak tahu tak, dulu PL masuk pertandingan namakan MPV Proton. Dia kata syaratnya tak boleh letak nama tumbuh2an dan nama binatang, sedangkan PL dah terpikir nak letak nama Exora time tu tp tak jadi letak nama tu sebab syarat dia kata macam tu.Tau2, nama Exora yang PL nak letak tu yang terpilih. Siapa nak tlg jawab tu? You all maklum kan, Exora nama sejenis bunga, dan bunga adalah tumbuh2an?

Kesimpulan yang PL boleh buat, di dunia ni kadang2 ada benda yang tak adil, tapi anggap jelah bukan rezeki PL.

Sama juga mcm pertandingan juara lagu... Patutnya sebelum penyanyi mula menyanyi, perkenalkan lah siapa yang cipta lagu dan [enulis lirik, suruh mereka naik atas pentas baru bg penyanyi tu menyanyi...

Apa pendapat you all?

Ingat tak dulu masa lagu Keliru menang, semua orang jadi keliru!!!

Kenangan Lalu said...

I think Stacy boleh menang persembahan terbaik cos her dance moves are always energetic and brilliantly crafted. Contenders die maybe Misha Omar and Faizal. But untuk menjadi Juara lagu mungkin impossible. There are better songs like Situasi, Becinta, Cinta Adam dan hawa or maybe Dan Sebenarnya (cos juara lagu dan persembahan markah berasingan) dari sudut kombinasi lirik dan melodi. Don't get me wrong, I love Pakai Buang so this is a neutral comment.

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.