Monday, September 14, 2009

AKU ADIK AZHAR SULAIMAN?


Pada sabtu lepas saya telah dijemput oleh pengasas Icon iaitu Abg.Jebat untuk berbuka beramai bersama Iconis yg lain di Berjaya Times Square. Memang diluar jangkaan yang hadir kerana ingatkan sedikit sahaja yang hadir memandangkan short notice dan kesibukan masing-masing dengan persiapan raya dan bershopping. Tup-tup...lebih kurang 35 orang juga yang datang. Nah...siap sambung meja bagaikan satu persidangan akan berlaku disitu.
********************
Memang seronok makan beramai-ramai ni. Dalam sibuk makan tu, kami berborak-borak dan terkejut juga bila ada tiga orang yang tegur dan kata wajah saya iras-iras pelakon tetapi mereka tidak ingat namanya. Terus aku angkat tangan dan berkata "Chop!!!...X payah sebut, aku dah tau...tapi X usah sebut, malu la". Lalu mereka bertanya, ramaikah yang perasan macam tu. Lalu aku beritahu mereka, sejak dari college lagi rakan2 menggelarkan aku nama pelakon tu, tapi aku Xlah kisah sangat kerana mereka hanya sekadar bergurau. Namun setelah bekerjapun ada juga yang berkata yang wajahku iras2 dia.
********************
Masa pergi ke Birthday party Rizz kat Bandar permaisuri pun ada juga kawan Rizz yang kata wajahku iras-iras Azhar Sulaiman. Sebenarnya aku dah lali dengan hal itu, cuma aku perasan satu jer...dah hampir dua tahun, tapi X seorangpun ahli dari Stacy's Frenz perasan hal ni. Ini bererti Xde la iras-iras tu, kecuali kalau Azhar Sulaiman hanya dapat 6 orang saja kembarnya setelah mencari sepelusuk dunia, barulah aku tawarkan diri nak melengkapkan kembarnya itu keh keh keh. Anyway...dalam sibuk mereka cuba mengingati nama Azhar Sulaiman..tetiba ada kawan pula tegur yang baju putih sebelahku itu iras-iras EDIKA YUSOF, Model dan pelakon popular era 80an. Alamak...hal kembar lagi, hmmm.... ( bye the way, kalau nak tengok dia, belilah majalah MANGGA terbaru ).
********************
Lepas berbuka puasa, kami terus ke LG di ruang legar melakukan sesi fotografi. Memang seronok sesi ni sambil berborak dan bertukar idea. Kami sempat diberi taklimat tentang misi dan perancangan Icon pada masa terdekat ini. Setelah selesai sesi fotografi, kamipun bersurai. Abg Jebat dan housematnya bertolak ke JB manakala aku dan Ubaidah masih berborak kat enterance menunggu kereta sampai. Happy jumpa Iconan semua, dan harap dapat bertemu lagi dilain perjumpaan. ( pic credit to Abg.Jebat ).






























6 comments:

farish izaryl @izreez said...

walahh meriahnye buke poserrr

LIZA WORLD said...

Sebenarnya dari mula lagi tengok wajah U ada iras2 artis, tapi tercari-cari siapa? penyanyi ker atau pelakon, baru teringat bila U sendiri sebut, memang ada lah iras Azhar Sulaiman

MY HEART & MY SOUL said...

Ntah siapa Azhar tu, tapi whatever la, i suka bro jadi diri sendiri, well u pun ada rupa dan penapilan, dan ada asas dalam bidang seni, jgn dibayangi oleh org lain

Secret Writer said...

RIZZ, yup, memang best berbuka dgn mereka, sama mcm time berbuka dgn Geng korang...enjoy sangat sangat.

LIZA, yer ker? sama tapi x serupa tu yg banyak bezanya heh heh heh

MY HEART, yup, lebih baik jadi diri sendiri...TQ ;)

Shamzie74 said...

Emmmm..boleh tahannnn....

Secret Writer said...

AZIESHAM...TQ kerana sudi menyinggah dan kome :)

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.