BERSAMA ALIF LAST YEAR. BAJU MELAYU NI AKU REKA SENDIRI BERBUTTON SAMPAI BAWAH DAN KAT HUJUNG LENGANPUN ADA BUTTON MCM KAMEJA





Saya ni, kalau ada jemputan berbuka samada kat hotel atau di luar, saya akan siap berpuasa. Ya la, orang yang lain berpuasa, kita tidak...so tak rasa suasananya macam orang2 yang datang ke situ. Berbuka dengan teman2 blogger ni sebenarnya minggu yang sudah, tetapi baru hari ni ada masa nak post kat blog ni. Seronok sangat berbuka dengan mereka. Ini bukanlah pertama kali jumpa mereka kecuali Remy...kerana saya jumpa mereka sebelum ini masa b'day Rizz, so kali kedua ni tak lah kekok sangat, kami boleh ketawa pecah berderai kat foodcourt Mid Valley tu. Trimas la pada yang mengundang, Kak Heze dan trimas juga pada yang datang.
Arghhh!!! leganya, bila segala persiapan untuk menyambut WARNA-WARNI AIDIL FITRI BERSAMA STACY & CHAQ berjalan dengan lancar. Walaupun dengan sedikit AJK iaitu separuh dari jumlah AJK untuk sambutan B'day Stacy hari tu, tetapi berkat usaha dan kesungguhan AJK yang ada...nampak juga hasilnya. Sambutan dari penaja dan wartawan pun berganda, peminat Stacy pula teruja nak beli tiket membuatkan saya jadi merasa lega. Pakwe Nadzree pun dah sedia bergabung tenaga dengan seorang lagi Emcee kali ini so semuanya serba berganda, Emcee jadi dua orang, wartawan dua kali ganda datang dari Majlis Stacy, begitu juga dengan penaja.
Aha...Raya datang lagi dan seperti lazimnya, Stacy's Frenz memberi peluang pada para peminat Stacy untuk beraya, beramah mesra dan bertemu muka dengannya. Tapi yang pasti kali ini peminat bukannya dapat beramah mesra dengan seorang artis sahaja, malah Chaq dan artis2 lain pun ada. Kiranya walau kali ini AJK dalam kumpulan yang paling kecil, tetapi akan membuat majlis yang berganda besarnya. AJK ramai yang tidak dapat serta kerana sibuk dengan Raya walau majlis ini dah Raya yang ke 20, tetapi tidak mengapa kerana kami tiap seorang akan membuat dua tiga kerja sekali, baru tahu bakat yang ada. Saya sendiri walau busy menjadi operation manager pada sebuah hotel, dengan pelbagai masalah hotel dan berpuluh pekerja, tetapi masih boleh membuat kerja mencari lokasi, call hotel, mencari sponsor, mencari penaja butik untuk pakaian artis, menjemput para media, menjual tiket bersama AJK yang lain dan juga menjadi Floor Manager. Bukannya tamak, tetapi terus terang semua ini bukan masalah dan bukan alasan kita merungut kata penat ke sana sini, padahal semua terpelajar, hanya klik Google maka keluarlah beratus hotel dan dewan dalam KL ini sahaja. Tidak payah ke sana-sini, semua dihujung jari. Kalau sebelum ini tidak sampai 20 buah hotel yang AJK lain senaraikan...saya terkejut rupanya lebih dari itu.
Jadikanlah Aidil Fitri anda pada kali ini sesuatu yang istimewa kerana dapat beraya, bermaafan, beramah mesra dengan Stacy dan Chaq serta artis-artis yang lain. Percayalah, ianya akan menjadi satu kenangan paling abadi Hari raya anda tahun ini. Betapa Stacy dan Chaq akan menjadi tumpuan media kerana meraka bukan Islam tetapi menyambut Raya dan meraikan peminat islam dan bukan islam mereka. Stacy dan Chaq menyahut seruan kerajaan kita dengan konsep 1 MALAYSIA itulah sebabnya saya teruskan juga majlis ini walau ada banyak rintangan sebelum ini, yang pasti kali ini ada kejutan, apa dia? tunggu.......