Saturday, April 25, 2009

AKU MENANGIS DAN KAK SENDUK & GANG KE BAYU KINABALU

Saya ni seorang yang payah sangat nak menangis. Mungkin kerana pengalaman hidup yang pahit dan getir sejak zaman kanak2 membuatkan saya berhati kering dan tegar. Tetapi baru2 ini airmataku mengalir juga bila merasa terharu sangat dengan bantuan dan sokongan teman2 sejak Restoran Bayu Kinabalu dibuka. Mrs.X terutamanya banyak memberi bantuan dari segi moral dan tenaga. Sejak awal2 lagi dia sanggup hantar dan membuang masanya utk memberi sokongan. Manakala kawan2 di Stacy's Frenz pula membantu dari segi promosi di blog2 mereka dan datang bertandang ke Bayu Kinabalu. Riana dan Ann siap memuji Soto saya di blog mereka. Haori pula siap letak di Google mengenai Restoran Bayu Kinabalu. Ah Hwa pula,iaitu sister Mrs.X siap bagi dua set table cloth ( 12pcs ) yang ditempah khas mengikut saiz meja Restoran Bayu Kinabalu. Sungguh terharu atas pemberiannya dan sokongan teman2 semua. Itulah orang kata,kita menangis kadangkala bukan kerana sedih sahaja, tetapi masa gembira dan terharu.



Itu kisah yang agak sentimental, dan kini pula kisah agak meriangkan. Baru-baru ini Kak Senduk dan Gang telah datang memeriahkan Restoran Bayu Kinabalu. Mungkin tak perlu bagi saya memperkenalkan siapakah Kak Senduk kerana ramai blogger yg kenal dia. Blognya begitu terkenal dan menjadi pilihan pembaca kerana kelucuan tahap cipan cerita yg beliau utarakan. Pendek kata, kalau dia jual racun pun kat blognya, org percaya itu ubat keh keh keh. Kak Senduk & Gang bukan setakat makan dan minum sahaja, malah mereka siap berkaraoke lagi. Suara Kak Senduk sungguh merdu sekali, kalau mengikut hikayat ceritera dahulu kala, oleh kerana kemerduan suaranya, burung dan unggas yang sedang terbang, berhenti. Yang buta datang berpimpin, yang pekak datang bertanya dan yang lumpuh datang berpapah, semua nak melihat siapakah gerangan yang empunya suara semerdu perindu itu. Meen pula bila nak datang berkunjung? begitu juga dengan Hot mama dan Cyber Wira iaitu boss Kak Senduk, sudi2 kanlah bertandang ya. Thanx to Haimi dan kawan2 yang lain juga, sangat terharu sokongan korang semua. Nanti akan saya jemput semua ke majlis Perasmian Restoran Bayu Kinabalu sedikit masa lagi dan pada kawan2 atau kenalan yang nak ke Restoran Bayu Kinabalu, boleh la call tanya panduan ke sini atau inform jika nak datang sebab kadang Soto dan Bakso selalu habis, kadang terpaksa masak lagi jika ada yang call nak datang. Ni nombor talian yang tak hotline 017-3948369-Kose.

KAK SENDUK SEDANG MENYANYI

YANG LAIN MENJAMU SELERA SAMBIL DIHIBURKAN OLEH KAK SENDUK
BAKSO, ANTARA HIDANGAN YANG LARIS DI SINI
SOTO PULA MENJADI KEGEMARAN REGULAR CUSTOMERKU
NASI KUNING BERLAUKKAN IKAN MASAK 'BUMBU BALI'
MASING2 MENCUBA BAKAT DAN SIAP ADA MARKAH LAGI TERTERA DISKRIN
SILA LAH CUBA YA
KALAU DILAIN KENA BAYARAN RM1.50-2.00, KAT SINI FREE JE BERKARAOKE
TENGAH MENANTI MARKAH
BEE SIAP DATANG DENGAN RAMBUT KEPUK-KEPUKNYA










11 comments:

Haori said...

kami semua sayang Kos..
erry dah anggap Kos cm abg erry..
kami akan buat pe je tuk bagi sokongan kt Kos..

Meen Zuleyka said...

huhuhu diorg x ajak pun i...i dah dilupakan la olh mereka2 ni kos...

farish izaryl @izreez said...

abg kos hehe clustt kak senduk siap nynyi g..sedapnye soto hurmm heheh

Secret Writer said...

ERRY, thanx so much...terharu lagi.

MEEN, mereka ingat U busy kot...maklumlah U kan bukan lagi wartawan, tapi dah jadi Puan Pengarang tabloit BACARIA yg terkenal itu.

RIZZ...yup kelas sangat dia nyanyi, awak pula bila nak mencuba soto yg mula terkenal itu?

Anonymous said...

Hurm sedapnya makanan2 itu, nak juga pegi nanti - AMIRUL

LIZA WORLD said...

Terliur bila nampak soto tu, tapi teringin sangat nak try rasanya Nasi kuning itu.Erm...makan2 sedap jer

pEdo29 said...

bestnyer package yg d sediakan....ala2 santai gitew..pandai EN.Kos cari idea+tema...sukerlaaaaaaaa...

akn ku bawa rombongan ELLA's GANG nnti ke Restoran BAYU KINABALU.....eN. KOS..nnti kasi diskaun ya,..hehehhehehehe....

nway, KEEP ON ROCKIN as alwiz..

@rep said...

pasni bila dah pindah KL tak payah susah2 fly back to tawau kalau teringin makan nasik kuning.. yay...

hOtMaMa said...

tahniah uols... dah bukak kedai makan... tp mak sentap nih... naper kak senduk pg tak ajak mak punnnnnnn??!!!!!!!

Miss Reen said...

nnt kalo aku ada kesempatan..aku datang k kos...
rasanye aku sorang je yg lom menjejak kaki ke restoran bayu kinabalu nie..

Secret Writer said...

LIZA, harus cuba NASI KUNING tu, tanya org2 Sabah mcm Pedo atau Arep org semenanjung yg bertugas kat Tawau tu...rasanya sungguh sedap, tambah lagi dgn ayam atau ikan masak Bumbu Bali

PEDO, thanx, konsep tu memeng idea kreatif agar berbaloi org yg datang jauh ke Bayu Kinabalu. Kalau fans club Ella datang, sure aku bagi special discount. Keep On Rockin' ELLA GANG

AREP, yup...U dah biasa dgn masakan Sabah, jika rindu masakan tu...datang saja ke Restoran Bayu Kinabalu ya.

HOTMAMA...Kak Senduk & Gang terlupa kot, Xpe...Hotmama datang dgn husband dan Sasha la ya.

REEN, dlm ramai2 Stacy's Frenz...kamoo jer yg belum menyinggah ke Restoran Bayu kinabalu. Bila nak datang?

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.