Tuesday, March 17, 2009

KAMPUNG HALAMANKU, TAWAU

Dah setahun berblog, namun tak penah lagi saya ceritakan atau memasukkan photo rumah atau kampung halaman saya. Ada beberapa orang teman blogger dan rakan rapat sendiri teringin sangat nak lihat. Ntah mengapa saya tak suka nak masukkan semua itu. Mungkin pengalaman hidup kami yang susah dulu buat saya trauma dan malu. Kami membesar bukan dalam keluarga kaya, atau senang...tapi miskin. Emak diceraikan dan ditinggalkan dengan 5 anak yang masih kecil. Lalu hiduplah kami berlauk kicap dan sayur keladi nyang tumbuh melata di belakang rumah. Sesekali ada juga abang dapat ikan yang dipancing bersama temannya di lombong tinggal. Emak yang tidak pernah duduk diam, saya pagi menjual kuih sama macam Dato siti menjunjung kuih di besen sambil melaung merdu..."KUIHHH......KUIHH....". Kuih yang aku jual keripap ( karipap), kontok-kontok ( pau versi goreng ), apam ( steam cake) dan gogos (pulut panggang). Berjalan dari rumah ke rumah sekeliling kampung, lepas tu baru pegi sekolah petang. Selepas siapkan kuih muih pukul 3am....emak bersiap untuk menoreh pukul 5am. Mesti awal keluar kerana kalau matahari naik, getah beku dan kurang susu. Lepas itu, emak akan mencari kayu api bersama abang di tepi hutan untuk guna memasak. Emak memamg kuat masa itu, dia pernah membasuh di rumah orang pagi dan petang kerja di kilang papan, kerja orang lelaki kerana masa itu harga getah jatuh dan orang mula beralih pada Koko dan lepas tu kelapa sawit. Kadang bila tiada lauk, banyak kali juga kami makan dengan nasi ditumpah minyak gorengan ikan. Sedap juga rasanya, macam nasi goreng. Itulah sebabnya saya agak tertutup kalau hal kampung halaman. Namun keterbukaan saya mula atas desakan teman-teman yang ingin sangat melihat. Berkat kerja keras dan usahaku bermodelling, kerja office dan sesekali berlakon, dapat juga membantu emak. Biar bukan kaya, tapi better dari masa emak muda dulu.
INILAH HADAPAN RUMAH KAMI, HANYA ADA SEBIJI KERETA SAJA

DEPAN RUMAH MACAM OK JER, TAPI TUNGGU...KAT BELAKANG...ADOIII!!!!
NAH...INI PANDANGAN DARI BELAKAN. SEBENARNYA RUMAH KAMI KALAU AIR PASANG, RUMAH JADI TERAPUNG. INI KERANA KEDUDUKAN RUMAH DI MUARA SUNGAI...100 METER JER LAUT, KALAU ADA BOT BESAR LALU...BERGOYANG RUMAH KERANA OMBAK. TAPI RUMAH NI LAH KAMI MEMBESAR, DARI PONDOK KECIL...SLOWLY DIBESARKAN DAN DIBAIK PULIH. DULU HANYA ADA SATU BILIK, SEKARANG 5 BILIK

SEBENARNYA KAMI DAH BELI SATU RUMAH, TAPI EMAK TAK BETAH DUDUK KAT RUMAH BARU, DIA SUKA RUMAH PAPAN NI JUGA

WALAU RUMAH PONDOK...SET KERUSI NI DITEMPAH KHAS DARI INDONESIA RM10 RIBU, SAMA YG DATIN2 SELALU ADA DI RUMAH. MACAM TAK PERCAYA KAN? TAPI SERIUS, INI KENYATAANNAK TAU NAMA BUDAK NI? NI LAH ERNESTO, BARU MASUK 5YRS
GILA BERGAMBAR MACAM SAYA JUGA
MALANGNYA...ASYIK POSE YANG SAMA 'PEACE' KAT ENTRI DULU MCM TU JUGA

MAKAN MALAM DENGA UDANG DISALUT TEPUNG kfc. NAMPAK YG HITAM TU? ITU SOTONG YG DIMASAK BERSAMA DARAH HITAMNYA, KALAU ORANG MESTI GELI NAK MAKAN...BUT SEBENARNYA IANYA SEDAP DAN MANIS

DI SINI PULA RUMAH BARU KAMI, TERLETAK DIBALUNG COCOS, DEKAT TAWAU AIRPORT . RUMAH FLAT 3 BILIK JER.

BAS MINI NI ADALAH TRANSPORT PADA SESIAPA YG TAK ADA KERETA PERJALANAN TAWAU-BALUNG COCOS 45MINIT HANYA RM5

MAK HANYA DUDUK KAT SINI SEBULAN 3-5HARI SAHAJA, DIA HANYA SUKA RUMAH LAMA

YANG SAYA TAK TAHAN.,..SEMUA SERBA PINK...ADOIII!!! TAPI APA NAK KATA, DAH SELERA EMAK, ASALKAN DIA HAPPY DAH LA

NI PULA KAT SEBELAH DRY KITCHEN

KAT AREA MAKAN DAN MELEPAK
TENGOKLAH...BILIKKU PUN DAH DIUBAH,SEREBA-SEREBI PINK JUGA...ADOI!!

NI BILIK ERNESTO, NTAH ARR AKU SUKA BELIKAN TEDDY BEAR

Tu la orang kata...tak payah jalan jauh...melalui Blog kita boleh tengok cara hidup dan keadaan tempat orang lain. Orang sekarang senang, susah2 pun ada biasiswa, ada pinjaman PTPTN kalau nak sambung study, masa kami kat Sabah...kena cari sendiri. Saya pernah kerja Attendant pump minyak masa lepas SPM semata2 nak kumpul wang utk sambung study. Kalau susah orang sekarang ada BERSAMAMU TV3. Dulu mana ada. Sebenarnya saya hanya ceritakan luaran kisah kami, kalau cerita secara detail rentetan hidup, boleh buat novel atau drama bersiri berpuluh episod. Tapi ada yang lebih pedih bila saya terpaksa tinggal beberapa tahun dengan mak tiri masa sekolah menengah di bandar. Ada makanan sedap2 selalunya disorok, dia hanya bagi anak tirinya sahaja. Kalau anaknya duit sekolah 50sen, saya hanya 20sen. Bayangkan masa tingkatan 5 duit saku saya hanya 50sen sahaja. Itu belum lagi soal lauk pauk, kalau anak-anaknya makan ikan goreng fresh...saya hanya dapat ikan goreng semalam dan nasi semalam, itupun nasi banyak kerak. Hanya bila ada bapa dia baik dengan saya, tapi itu pun masih suruh saya angkat air isikan dua tangki tiap hari. Padahal saya letih sangat jalan kaki pergi balik sekolah jaraknya macam dari KL Sentral ke KLCC. Pada zaman sekolah saya tak pernah merasa KFC atau mcD, selalunya berliur tengok kawan atau anak jiran makan KFC. Hanya dah kerja baru mampu beli. Masa 1st.time dapat makan KFC lepas dapat gaji, rasa nak nagis pulak. Dulu selalu sabtu lepas kelas tambahan, kawan2 akan ajak ke Bandar, aku selalu menolak kata kena balik cepat, padahal mengelak kerana risau kawan ajak ke Fast food atau pegi tengok wayang...mana ada duit. 50sen tu cukup beli air sirap 20sen dan mee goreng 30sen.





















24 comments:

Haori said...

wah Kos.. sungguh menyuntuh hati cerita di zaman kanak2 kamu kan.. mcm2 yg kamu tempuhi.. tp tak pe la.. pengalaman mengajar kita kan.. pengalaman yang kamu tempuh dari kecil telah membuatkan kamu berjaya sekarang kan...

MY HEART & MY SOUL said...

Sedihnya baca kisah hidup mu bro. Tapi bagus juga bro tidak malu mengaku dari org susah, yg penting kita berusaha untuk maju dan berjaya. Malangnya tak ada Bersamamu Tv3 masa bro kecil ya, kalau tak, sure kena bantu. Semoga terus maju bro, U lambang inspirasi

Anonymous said...

OMG!!! so difficult to translate. Why should u shy with your childhood time? thanks to be open now because you'll inspired others people. All the best dude

Anonymous said...

Memang sedih, tapi kalau kita senang dengan hasil bergambar bogel tak elok juga hasil tu, walaupun bayarannya lumayan...kan?

LIZA WORLD said...

Aduh ntah camana nak komen. Sedih, hiba dan deeply sad lah bila tau semua kisah awak. Kalau tengok luaran awak macam happy go lucky, pic mesti senyum.Kalau org lain zaman kanak2nya mcm tu, besar dah jadi sakit jiwa atau mendera org lain untuk balas dendam zaman kecilnya. May god bless U. Bersyukurlah u dah berjaya

Secret Writer said...

ERRY, dah takdir aku sengsara masa kecil. Kalau nak miliki barang mainan, mimpi lah. Sekarang tak juga berjaya, masih lagi ke arah itu, thanx.

MY HEART, aku tak akan lupa asal usulku,kepahitan hidup buat kita ada dua saja...samada jadi gila ( psyco bila besar ) atau jadi tabah.

JOSHUA, thanx for dropby here.

AONO, jgnlah mcm tu, kadang kita tak boleh lepaskan peluang atau offer yg datang. Lagipun bukan salah mana kalau setakat jadi model seluar dalam, orang lain tak berani dan tolak, aku ambil jer la. Apa2 pun pandangan kamu, aku tau apa yg aku buat, semua ni demi mak ku yg kena stroke, kalau tak...wang gaji kerja tetapku dah cukup, please lah faham.

LIZA, air di danau kadang tenang di atas, tapi siapa yg tau berkocak di dalam? tapi semua ni buat saya tabah...hopefully tak sakit jiwa, thanx anyway.

Miss Reen said...

cantek lar umah..
serba pink...aik laik!!!

Anonymous said...

Nak yanya sikit, yg budak tu siapa? yg nama Ernesto? org apa ekk? - YANA

farish izaryl @izreez said...

aduhh sedih.sebak n hiba bace rentetan hidup abg kos sabar lah ye... alhamduliah kehidupan abg kos dh ok kan skang rizz suka la kale pink tuh bang ahah cntek:p

@rep said...

laaa.. orang tawau ke ??? dah tiga tahun kat sini.. tak penah nampak pun

Tijah said...

lama x dtg sini.

percayalah. selagi kau senangkan hati ibu, hidup kau akan sentiasa diberkati!!!

Secret Writer said...

HEARTLESS, baru perasan U kamo suka pink masa POTLUCK SF hari tu.

ANON, si Ernesto tu bangsa apa? erm...dia bangsa campur, ada murut, philipine dan etc.

RIZZ, itulah kisah lalu ku, tq semua, kawan2 yg buat aku strong.

AREP, ya...aku asal Tawau. Memang U X pernah nampak kot sebab aku jarang melepak kat KL ni, bukan X suka, cuma busy kerja, modelling dan berpersatuan dulu.

Dear KAK JAH, thanx so much ur advised, really appreciat it. Semoga saya terusan X abaikan emak saya kerana tau dia sengsara membesar dan menyekolahkan kami.

[siti] said...

na.. kamu buat aku rindu sama twu. dgrnya rumah mamak angkatku di apas tu sudah kena roboh.

aku pnah juga pigi bt laut ni. mcm seram2 sikit sbb atas air kan.

apa pun twu mmg best la. ada amplang. lenkali mo kirim boleh ka? :))

Pojiepooh Abdullah said...

Wah..
Sgt beruntung ibu kamu abg kos..
Mesti dia hari² berdoa kejayaan mu..
Sedih sgr kisah dulu tp nah abg dh bjaya..
Hebat skali!
Tahniah!!

Unknown said...

perghhhhh..insaf skejap....rasa nk hargai ape yg ade....huhuhhuhhuu

Secret Writer said...

SITI, kamoo asal Tawau juga ker? erm...setahu saya, X ada pulak rumah yg kena roboh.

POJIE, thanx ya.

CHUMI, memang kita patut bersyukur dgn apa yg kita ada, baguslah kalau U mcm tu...tahu bersyukur dan menghargai apa yg ada

shah said...

sbnrnya.. ni la yg bagusnya tngng orng sabah.. pgi la jauh mana pun merantau... kerjala apa pun pekerjaan di dunia ni.. di mana pun..

kmpung halaman sendiri xkan pernah dilupa...

family, mak, bapak.. adik2.. mana pernah boleh lupa... hidup zaman kecil2 di kg dulu, mana boleh lupa...

org sbah mcm kita nie, slalu ada sentimental value dgn tmpt sendiri...

kt slalu rs bangga dgn smua yg kita miliki swaktu mmbesar...

aku pn bngga jd orng sbah..!!!

Secret Writer said...

Shah, tempat jatuh lagi di kenang, inikan pula kg halaman...kan.

[siti] said...

org sini2, org Klang. Tp ade family angkat disana. tp diorang pon suda pindah sini. haha. adeh.

*do u still remember me kos?

Secret Writer said...

SITI...owh,U org sini rupanya, ingatkan asal Sabah, sebab mcm tahu sereba-serebi kat Sabah.

X ingat la sini...kenal kat sini jer...kan, X pernah jumpa kot

aisyah_hanin said...

seems like anonymous 2 interest wit u bro..hehe.. bro bkn muslim bha kn?bgsa apa ya..?

BTW, saya pn rindu gila2 dengan masakan mak yang 'sotong hitam' tu.. delicious u..tp org smnnjung geli..xkesala, yg pnting kita rs sdp kn?hehe

[siti] said...

lor... kompom u dah lupe ai kan?

i la, photographer tu. ade 2-3 event i dtg utk shoot stacy. I kakak angkat si Am model tu.

Azhar Gabriel said...

I'm proud to be tawau guess....ya.walaupun hidup susah mcm mn pun..asalkan kiata kaya dgn budi bahasa..ia sudah memadai..

Azhar Gabriel said...

patut la mcm kenal bagunan tuh..rupanya di flat taman sri balung..saya belajar di maktab balung..so..mmg familiar la..sbb mak abg tak suka duk di balung maybe sbb nk gi bandar jauh..then selalu ada gangguan bekalan air di balung ni..

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.