Tugasan kali ini sangat mencabar. Bukan hanya kerana aku tidak mahir tentang hiasan pelamin, malah tidak tahu tempat yang kami pergi sebenarnya. Aku kalau hal2 Interior Design ni memanglah kira expert, tapi kalau hiasan untuk pentas apalagi pengantin, memang kurang. Seingat aku, pernah hiaskan bilik pengantin, katil, dan meja beradab sepupu kawan sahaja. Itu pun demi kawan. Kali ini majlis Perkahwinan kaum India, di dewan yang besar dan Pelamin yg besar, kiranya ini Majlis Gala, keluarga yg berada. Bayangkanlah bunga-bunga yg digunakan untuk menghias pelamin dan dewan, semuanya Fresh Flower hampir RM3 ribu utk bunga sahaja. Aku dan kengkawan bertolak ke Batang Berjuntai 10pm dan setelah melalui jalan sempit dan berbukit dan curam, selamat juga sampai hampir 12 tengah malam. Hias menghias bermula hingga lah 7am, dapat juga rehat dua jam lebih lalu 9am balik ke KL dan terus ikut rombongan Stacy's Frenz berkelah ke Air Terjun Sg.Gabai.
Mula-mula bunga diasingkan mengikut kumpulan sebelum digubah.
Flower Stand yg masih kosong sebelum dihias
Mula-mula Daun-daun disusun diikuti juntaian bunga melingkar
Flower Stand yg masih kosong sebelum dihias
Mula-mula Daun-daun disusun diikuti juntaian bunga melingkar
Barulah dicucuk bunga here and there mengikut keseimbangan dan ada bucu dan mercunya
6 comments:
Wah pandai menghias pelamin juga ya, esok kawin senang la ya, boleh hias sendiri.
LIZA, tq...aku tak tau sangat hias pelamin ni kerana aku keje dgn ID company...kalau dari segi teknikal aku tau banyak la.
Bro nak belajar sikit hal2 Interior dgn bro boleh? kagum la dgn Bro, banyak bakat, berlakon boleh, modelling dan ID pun tau :)
MY HEART, ok jer kalau nak belajar, nanti aku bagi tips tips yg berguna, tapi ada ganjaran tau keh keh keh
erm very nice the arrangement - AMIRUL
THANX AMIRUL, SEBENARNYA INI PERCUBAAN KALI KEDUA MENGHIAS PELAMIN, TAPI MALAS LA...BUKAN BIDANG AKU, NOT FROM MY HEART THE RESULT ACTUALLY
Post a Comment