Saturday, March 30, 2019

BUFET RAMADAN SAJIAN WARISAN NUSANTARA DI THE PEARL KUALA LUMPUR

 28 Mac 2019 Kuala Lumpur. Pada khamis lalu The Pearl Kuala Lumpur telah mengadakan majlis memperkenalkan Bufet Ramadan dengan menjemput para Wartawan, Blogger, Artis dan Selebriti untuk merasa sendiri hidangan atau menu yang ditawarkan bersempena kehadiran Ramadan tahun 2019 ini. Seperti juga temanya, Sajian Warisan Nusantara menawarkan hidangan yang lazat dari menu Nusantara. Dari Kambing Golek ke Makanan Lambak, ke Makanan Laut juga ke Satay seterusnya makanan pencuci mulut, kuh-muih serta buah-buahan yang pasti membuat selera anda meronta-ronta ingin mencuba. Apa yang pasti, Sajian Warisan Nusantara menjanjikan kepuasan yang tidak terhingga dengan lebih 100 juadah yang dihidangkan. Bufet Ramadan Sajian warisan Nusantara ini akan bermula dari 10 Mei 2019 sehingga 2 Jun 2019 setiap hari dari 6.30 petang hingga 10 malam di tingkat 5 The Pearl Kuala Lumpur. Bayaran hanya RM72+ bagi Dewasa dan RM35+ bagi kanak-kanak ( 5-12 tahun ). Untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi talian 016-331 9375 atau 03-7983 1111, sambungan 8945 / 3205.











Thursday, March 28, 2019

BERBUKA PUASA SAMBIL MENGIMBAU KENANGAN DI RESTORAN REBUNG

 Baru-baru ini telah berlangsung majlis memperkenalkan Bufet Ramadan di Restoran Rebung yang bertemakan NOSTALGIA SAJIAN DESA. Tetamu bukan sahaja dijamu dengn pelbagai hidangan yang lazat, tetapi juga dengan dekorasi yang bersuasanakan desa membuat tetamu benar-benar digamit nostalgia. Seperti biasa Dato Chef Ismail melayan tetamu dengan mesra dan seperti semua sedia maklum, jika Dato Chef Ismail membuat sesuatu majlis...pasti ramai Artis, Selebriti dan wartawan memberi sokongan. Disamping menjamu selera, para tetamu dihiburkan dengan persembahan kumpulan Ghazal Sri Nuansa. Pada malam itu, Dato Chef Ismail turut menyanyi dan menari membuatkan para tetamu merasa sungguh terhibur.

  Pada yang berkira-kira dan merancang membawa keluarga atau orang yang tersayang, mahupun rakan-rakan...pastinya Restoran Rebung destinasi berbuka puasa yang harus ada didalam senarai teratas anda. Restoran Rebung menyediakan lebih daripada 90 jenis makanan untuk santapan berbuka puasa. Bermula daripada makanan pembuka selera ( appetizer ) sehinggalah makanan pencuci mulut ( dessert ). Restoran Rebung masih lagi mengekalkan sajian utama yang menjadi Trademark restoran ini iaitu Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Ikan Patin Masak Tempoyak, Pari masak Asam Pedas dan banyak lagi masakan Kampung. Harga untuk Bufet Ramadan untuk Dewasa hanya RM84.80 dan untuk kanak-Kanak pula RM53.00 bersih ( 5-11 Tahun ). Sambil menikmati juadah berbuka puasa, pengunjung juga dihiburkan dengan irama ghazal dari kumpulan Ghazal sri Nuansa.

 Sementara itu, bagi yang ingin menganjurkan majlis berbuka puasa untuk syarikat bersama pekerja ataupun pertubuhan, Restoran Rebung ada menyediakan ruang khas yang boleh menampung kapasiti sehingga 500 orang pada satu masa. Juga tersedia beberapa ruang Blue Room untuk 23-23 orang, Red Room untuk 70-80 orang, Green Room untuk 120-130 orang, Yellow Room untuk kapasiti 50 orang dan Anjung untuk 70 orang. Selain itu Restoran rebung menyediakan ruang sholat yang boleh menampung 20 orang dalam satu masa dan kemudahan Lift juga tersedia. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi alian 03-2276 3535 atau 03-2276 2525.










CINTA RASA 13 NEGERI DI THE LOVE @ MATIC...MENGGAMIT RASA

 Bertepatan dengan kedudukannya di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur dan juga di Pusat Pelancongan Malaysia....THE LOVE for MALAYSIA @ MaTiC adalah singgahan destinasi berbuka puasa yang harus anda tuju. Bersempena dengan ketibaan Ramadan tahun ini The Love for Malaysia @ Matic menawarkan Bufet Ramadan yang istimewa dan pastinya menggamit memori anda kerana persembahan menunya yang bernuansakan gabungan hidangan tradisional yang penuh nostalgia. Bufet Ramadan yang bertemakan CINTA RASA 13 NEGERI ini akan bermula dari 8 Mei hingga 2 Jun 2019 ( bersamaan  dengan 3 Ramadan 1440 hingga 28 Ramadan 1440 ). Semasa berucap memberi kata-kata aluan kepada para Media, Dato' Norashikin Hj. Shahrom juga turut menyeru tetamu dari bangsa dan agama lain untuk mencuba juadah CINTA RASA 13 NEGERI ini kerana menu yang ditawarkan adalah makanan kegemaran seluruh rakyat  Malaysia.
Sementara itu, Chef Eksekutif Ku Jamaluddin pula berkata, "pengunjung tidak harus melepaskan peluang untuk mencuba hidangan Kambing Bakar dan Ayam Tempayan sajian dari negeri Terengganu...kerana hidangan istimewa dan popular ini disajikan bersama kuah yang sangat lazat. Selain itu kami menyediakan citarasa masakan Malaysia dari 13 Negeri seperti Ayam Masak Daun Kaduk ( Selangor ), Rendang Tok ( Perak ), Ikan Tenggiri Asam Pedas ( Melaka ), Daging Salai Masak Cili Api ( Negeri Sembilan ), Kambing Kuzi ( Kelantan ), Siakap Bakar Sambal Air Asam Petai ( Pahang ) dan lain-lain lagi ".

 Selain itu, CINTA RASA 13 NEGERI juga menyediakan pelbagai Gerai seperti Gerai Ikan Bakar Tanjung Lumpur ( Pahang  ), Gerai Bandar Hilir...dengan hidangan Keow Teow Kerang, Nasi Goreng Laksamana ( Melaka ), Gerai Padang Kota...dengan hidangan Murtabak bersama Dalca Mahkani ( Pulau Pinang ), Gerai Che Det...dengan Cucur Udang Utara dan  Roti Che Det ( Kedah ), Gerai Kota  Bharu....dengan Nasi Kerabu ( Kelantan ) dan Gerai Kota Tinggi yang menawarkan Nasi Briyani Gam serta Gerai Satay juga Sharwarma ( Johor ). Sebagai pembuka selera pula ...pelbagai hidangan disediakan terdiri dari Salad hijau dan menyegarkan, pelbagai ulam-ulaman, sambal warisan, rojak buah, anika jenis Kerabu dan lain-lain lagi. Manakala untuk pencuci mulut pula, pengunjung disajikan dengan pelbagai jenis kuih tradisional, Tapai, Bubur dan Air Batu Campur ( ABC ). Istimewanya, pengunjung boleh datang berulang kali kerana selain beberapa menu popular menjadi pelengkap, tetapi menu-menu lain akan bertukar ganti agar pengunjung yang sama datang dihari lain tidak merasa bosan.







Thursday, April 19, 2018

IFTAR FI SOFINA ...ISTIMEWANYA BERBUKA PUASA DI CRUISE TASIK PUTRAJAYA


 Mencari sesuatu kelainan yang mewah dan eksklusif atau memori terindah berbuka puasa bersama yang tersayang atau keluarga tercinta tapi dengan harga yang berbaloi? Apa kata bawa si dia atau keluarga yang tercinta berbuka puasa di atas cruise. Menarik bukan? Mestilah...kerana kelainan yang ditawarkan Iftar Fi Sofina akan membawa kenangan terindah. Baru-baru ini saya dan crew Pocket TV telah dijemput untuk merasakan sendiri pengalaman dan keenakkan juadah yang ditawarkan ini. Terdapat lebih 30 sajian pilihan yang lazat dan istimewa untuk dinikmati. Betapa tenang dan berselera semasa menikmati hidangan yang lazat sambil belayar selama 1 jam 30 minit, aduh bahagia rasanya...indahnya suasana. Apatah lagi selepas menjamu selera naik ke atas dek sambil meninjau suasana dan keindahan Tasik Putrajaya dan sekitarnya, hilang segala rasa penat, lenyap segala masalah.


 Antara menu istimewa di atas cruise ini adalah Kambing Panggang, Ayam Goreng Berempah, Daging Gulai Kawah, Mee Goreng Ayam dan pelbagai jenis kuih-muih tradisional Melayu serta pencuci mulut. Selain itu, ada juga menu berkonsepkan Fushion Oriental, Middle East turut ditawarkan bagi pelanggan yang inginkan kelainan didalam juadah berbuka puasa.
Waktu berbuka dan berlayar dari 6.30pm-8.30pm dan harga tawaran untuk Early Bird hanya RM120 seorang ( Harga biasa RM145/pax ) dan untuk Kanak-kanak/Warga Emas Early Bird hanya RM75. Untuk tempahan sila hubungi talian 03-8888 5539.


Untuk pengetahuan semua, Cruise Tasik Putrajaya ( CPT ) diuruskan oleh Marina Putrajaya Sdn.Bhd.  ( PULSE ) dan Perbadanan Putrajaya ( PPJ ) yang menguruskan produk pelancongan dan rekreasi terbaik di Putrajaya termasuk Komplek Sukan Air Putrajaya ( KOSA ), Pusat Rekreasi Putrajaya ( PRAP ) dan Skyride Festival Park Putrajaya ( Skyride ). Cruise Tasik Putrajaya menawarkan pakej-pakej menarik menaiki cruise dan perahu seperti, Dining Cruise, Sight Seeing, Boat Charter, Love Boat, Pakej Perkahwin, Pertunangan, Sambutan Hari Lahir, Mesyuarat dan pelbagai lagi. Selain dari bot cruise, MPSB juga menyediakan perahu tradisional iaitu Perahu Dondang Sayang dan Lepa-Lepa serta Picnic Boat. Nantikan pula paparan menarik di Pocket TV ( tv internet ) iaitu dalam segmen 'KEMBARA SELERA'.








Thursday, July 27, 2017

FOOD MEGA FESTIVAL KENDURIAN @ SELANGOR FOOD MEGA FESTIVAL



 Berita baik untuk peminat Durian dan Food Hunter, Food Mega Festival Kendurian @ Selangor Food Mega Festival membawakan untuk anda acara yang dinanti-nantikan ini. Kini warga Klang Valley tidak perlu balik ke kampung untuk melepas geram makan Durian. Kini anda boleh makan Durian sepuas-puasnya dengan kadar harga yang murah dan berbaloi. Acara yang meriah ini akan berlangsung seperti yang tertera dibawah ini. Jadi, apa ditunggu lagi...save your date bersama kawan-kawan dan keluarga.

LOKASI : DATARAN KEMERDEKAAN, SHAH ALAM
TARIKH : 5-6 OGOS 2017 ( SABTU & AHAD )
MASA    : 10 PAGI - 12 MALAM




Wednesday, July 26, 2017

MAJLIS PELANCARAN SINGLE TERBAHARU MIZIO DI HARD ROCK CAFE, KUALA LUMPUR.

 Baru-baru ini telah berlangsung majlis pelancaran Single terbaharu Mizio bertajuk Memori Duka dan Izinkanlah di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur yang telah dihadiri oleh ramai tetamu, pihak Media dan Blogger. Walaupun Mizio pendatang baru dalam bidang seni suara tetapi sebenarnya beliau terlibat dalam bidang seni sebelumnya sebagai Model dan pernah berlakon beberapa buah drama tempatan.berbekalkan minatnya dalam bidang nyanyian, Mizio berani mengeluarkan budget untuk menghasilkan dua buah single, namun begitu...beliau tidak terjun kedunia seni hanya berbekalkan minat semata-mata. Mizio telah membuat persediaan dan membekalkan diri dengan ilmu dimana beliau sanggup mencuri masa dan mengeluarkan duit untuk belajar vokal dengan tenaga pengajar profesional dan berpengalaman dalam bidang seni suara.
 Majlis pelancaran pada petang itu telah dikendalikan oleh Pelakon dan Pelawak terkenal iaitu Dee yang cukup spontan dan menghiburkan. Dimajlis pelancaran tersebut, Mizio sempat berkongsi pengalaman dan susah senang beliau dalam menghasilkan kedua-dua singlenya itu. Mizio menjelaskan genre musik yang dibawanya bernuansakan irama 80an-90an kerana minat beliau dengan irama era tersebut. kebetulan juga saat ini irama sebegitu kembali menjadi kegemaran ramai bila penyanyi Aiman Tino, Tajul dan beberapa penyanyi lagi mempopularkan irama sebegitu. Selain menyanyi secara Live, pada majlis tersebut Mizio memainkan klip video kedua-dua lagunya yang telah dibuat pengambarannya di sebuah pulau indah iaitu Santorini Island, Greece.
 Diakhir majlis, Mizio telah diajukan beberapa soalan oleh pihak Media dan Blogger.Mizio menceritakan mengapa beliau memilih lagu Memori Duka yang dicipta oleh komposer dari Sabah iaitu Taiko Tuaran.Sebenarnya Mizio telah mendengar lagu tersebut lebih kurang 5 tahun lalu dan tertarik dengan melodinya. Mizio juga menjelaskan kehadirannya dibidang seni bukanlah untuk bersaing dengan mana-mana penyanyi sedia ada...tetapi sekadar memenuhi minat dan impian serta untuk memeriahkan lagi dunia seni di Malaysia.Semoga Mizio cekal mengharungi dunia seni dan terus sukses dimasa hadapan.








KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.