Kalau dahulu, pada zaman kanak-kanak ku, aku meraut buluh lalu dijadikan layang-layang. Kegiatan sebegini selalunya pada masa cuti sekolah untuk mendapat wang sampingan. Setiap layang-layang berharga 30sen. Agak banyak juga yang boleh aku dapat walaupun susahnya nak mendapatkan buluh yang mana aku terpaksa menyeberang sungai lalu menuju ke hutan kecil di hulu sungai tersebut. Seperti biasa, saingan terlalu banyak bila ramai yang ikut membuat layang-layang bila mengetahui untungnya baik sekali. Namun seperti biasa aku tak pernah merasa putus asa dengan saingan, aku mula melukis pula layang-layang yang aku jual dengan gambar Ultraman, simbol Superman, Batman dan macam-macam lagi. Lalu ekonomi zaman sekolahku kembali pulih demi mencari duit poket sekolah. Kini zaman telah jauh berubah, dah jarang aku melihat kanak-kanak bermain layang-layang terutama di KL ni. Tetapi ada satu jenis permainan yg seakan-akan sama dengan layang-layang, cuma ianya dalam versi moden iaitu kapal terbang remote. Perasaan tenang dapat kita nikmati sama seperti bermain layang-layang.
hee seronoknyee.wish to be there..hiksssss
ReplyDeleteini permainan org2 kaya tau
ReplyDeleteWah bestnya kapal terbang tu, bila lagi nak main? nak pegi tengok sekali la
ReplyDeletemane mampu beli layang2 moden tu..adeii..
ReplyDeletesaya dulu selalu prgi main layang-layang kata tasik kat kepong tu... petang sabtu dgn ahad... layang2 penuh angkasa... hahaha... layang2 moden ni... tak mampu lagilah nak guna...
ReplyDeletememang best!!
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete