Friday, May 21, 2010
LARIKK!!! ANON MENGAMUK DAN SERANG BLOGKU
Aduh, hanya kerana tulisan atau pendapat aku tentang Adira bakal Juara AF8, ramai pula yang marah-marah tetapi menggunakan nama ANON. Nasib baik segala komen kena moderate dulu baru boleh publish, jika tidak...banyak perkataan dan ayat yang memalukan dan mengutuk saya. Mengapa tidak puas hati?, itukan sekadar pendapat saya dan berdasarkan kajian. Sepatutnya korang jadikanlah tulisan saya sebagai cabaran dan gandakan usaha vote dan atur strategi. Masa AF6 dulu lagi teruk, orang bukan hanya setakat tulis macam saya yang Adira bakal Juara, tetapi mereka siap tulis siapa yang patut juara dan kutuk atau komen kelemahan pelajar lain. Jangan lah emo sangat, ni saya nak sejukkan hati korang wahai ANON @ pengutuk. Musim ini 4 orang pelajar lelaki yang ke final. Seperti sejarah, pelajar lelaki menjadi pilihan kerana yang ramai vote adalah dari golongan Adik2, Akak2 dan yang golongan abang2 jarang ambil pot hal vote ni, mereka suka menonton saja dan ada yang tidak ikuti langsung AF ni. Dah 7 AF, hanya 2 orang saja pelajar wanita yang jadi Juara. Dah lumrah pelajar lelaki selalunya menjadi kegemaran pengundi. So, apa nak susah hati dan sakit hati? jadikanlah tulisan saya sebagai cabaran,dan kalau pilihan kamu yang Juara, sure kamu tahu rasa berterima kasih pada tulisan saya yang provokasi sangat heh heh heh.
Thursday, May 20, 2010
AF8 BAJU SAMA BERULANG LAGI MACAM AF6
Semasa Semi Final AF8 iaitu Konsert Yang ke 9, Shahir telah memakai kameja berwarna hitam dengan details silver rekaan pereka fesyen tempatan William Liew. Baju sebegitu telah dipakai oleh Edwin ( Model dari Sabah ) semasa pertandingan akhir MALE INTERNATIONAL MODELS MALAYSIA yang berlangsung di Concord Hotel Disember tahun 2009. kebetulan Edwin dan saya ada ke Konsert 9 duduk dibangku 'khas'Family Ain dan Family Adira. Perkara yang sama telah berlaku pada final AF6 dimana Stacy memakai dress pink yang pernah digayakan oleh Betty Benafe sebelumnya. Diharap pihak belakang tabir peka dalam hal pemilihan baju agar tiada orang yang akan mempersendakan hal sebegini. Kalau orang biasa macam kami boleh alert dan tahu memilih agar baju tidak eksiden ( baju yang sama atau pernah dipakai ) sepatutnya pihak yang dipilih sebagai penatia baju lebih alert.
EDWIN ( NO.5 DARI KANAN ) BERSAMA FINALIS MALE INTERNATIONAL MODEL 2009/2010 MEMAKAI KAMEJA 'SAMA' DENGAN SHAHIR PAKAI
Monday, May 17, 2010
AF8 FINAL... AIN TERSINGKIR, LALUAN ADIRA JADI JUARA MUDAH
Sengaja atau cuma kebetulan, AF8 final kali ini cukup cover satu Malaysia, Wakil Sabah Adira, wakil Sarawak Daus, wakil Selatan ( Johor ) Maulana, wakil Utara ( Perak ) Shahir dan wakil kawasan Tengah ( Negeri sembilan ) Iwan.
Tersingkirnya Ain membuatkan laluan Adira untuk menjadi Juara sangat mudah seperti laluan Stacy yang satu-satunya wakil Sabah masa AF6 dulu. Jika ikut fakta, setiap kali ada dua orang pelajar Sabah ke final, mesti undi pecah seperti masa AF2 ( Linda & Adam ), AF3 ( Felix & Marsha ), AF4 ( Lotter & Velvet ) AF5 ( Candy & EBI . Sejarah telah membuktikan kuatnya kuasa vote dari Sabah dan jika ada dua orang pelajar sudah pasti undian akan pecah dua. Kini pengundi Ain telah beralih menyokong Adira untuk memastikan pelajar dari Sabah menjadi Juara.
Memang begitu rentak permainan AF kalau pandai mengatur strategi, pasti boleh berjaya. Ain dan Adira sama-sama cantik dan sama-sama ada bakat besar tetapi undian Ain lemah dan undian Adira pula kuat. Dalam permainan Dam Haji, yang lemah dijadikan umpan, dimatikan untuk menjadikan buah dadu sebagai raja. Begitulah juga permainan AF. Sebenarnya kali ini hanya Adira dan Shahir yang bertanding dan yang tiga lagi tu hanya menjadi pencukup korum. Bayangkan sebelum ini vote mingguan Adira 18% dan vote Ain 11%, kalau digabungkan, memang majoriti dan jauh meninggalkan markah pelajar yang lain.
Kalau saya jadi penyokong Shahir, saya akan vote Ain habis-habisan untuk memastikan dia ke final agar undian pelajar Sabah rosak terpecah dua. Itulah saya kata, saya dah masak dengan AF dan strategi untuk menang. Sama macam kami buat strategi sokong Nubhan dan vote dia kerana hanya dia sahaja yang boleh memecahkan undian Riz kerana jika Stanley yang ke final ( sama tersingkir mcm Ain ) undian dari Malysia Timur akan pecah dua juga. Kini dominasi Adira terserlah, kerana jangankan kuasa Vote malah dari segi bakat dan personaliti, jauh meninggalkan empat pelajar yang lain. buktinya? lihat markah vote mingguan dari awal konsert dan pujian dari pengkritik dari awal konsert. Siapa juara? mesti ramai yang tak teruja, kerana semua dah tahu. Hoi! adik...sudah terang lagi bersuluh?. Memang ramai yang malas nak tengok dan tak teruja kerana keputusan predictable, tapi saya teruja sangat,kerana seorang lagi Juara dari Sabah akan muncul.
Saturday, May 15, 2010
ALAHAI AF8...
SHAHIR DAN DAUS YANG MAKIN LAWA LEPAS DIGROOMING, TENGOKLAH PIC MEREKA SEBELUM DIGROOMING, x MENARIK LANGSUNG
AF8 suam-suam kuku, itulah rata-rata komen orang biasa mahupun kalangan wartawan sendiri.Kalau dulu setiap minggu pelajar-pelajar yang dikuarantin dinanti-nantikan berita dan cerita mereka oleh akhbar dan majalah. Setiap pelajar yang tersingkir selalu muncul menjadi muka depan Media Hiburan, HAI dan pelbagai akhbar edisi Mingguan. Tapi kali ini sepi, tiada wartawan yang berebut untuk mengambil gambar dan interview artis yang tersingkir. Yang ada hanya setakat berita sisipan yang pendek siap dengan gambar sangat-sangat kecil di akhbar harian.
Kalau biasanya ramai blogger yang buat review atau komen mengenai persembahan pelajar pada konsert mingguan, saya pula lebih suka menghurai kajian dan rumusan berdasrkan fakta. Ya la, seperti kata wartawan terkenal diakhbar pojok mingguannya, sekarang ni tukang jual satay, tukang sapu pun boleh buat komen dan review tapi berdasarkan apa? apa ilmu mereka?. Oleh kerana saya tidak pandai menyanyi, suara pun tak sedap, lalu saya tidak mahu membuat komen atau review. Bukan apa, saya takut nanti dikutuk orang seperti Adlin Aman Ramli, yang orang kata ibarat ketam yang mahu mengajar anak belajar lurus padahal dia sendiri berjalan dari tepi. Dia tidak tahu menyanyi, suara tak bagus langsung tapi nak komen budak-budak yang sepuluh kali atau dua puluh kali ganda suara bagus menyanyi dari suaranya.
PENGKRITIK
Buat apa nak ambil pengkritik yang tidak tahu ilmu menyanyi?. Sepatutnya ambil yang dah ada bukti meraih anugerah, menang pertandingan dan tahu ilmu menyanyi. Kalau sekadar ada album pun tidak layak diundang jadi pengkritik kalau belum ada kemenangan kerana zaman sekarang, asal ada wang boleh buat album macam Liyana Jasmy. Jadi walaupun Liyana jasmy sudah ada album dan bergelar penyanyi, dia tidak layak jadi pengkritik apa lagi yang tidak ada album langsung seperti Adlin itulah yang orang pertikaikan. Komen meleret-leret masa Konsert ke 9 buat apa? sedangkan isi tiada. Jika komen dari Syafinaz orang boleh terima, dia pengkritik yang ada ilmu. Selain pernah menang Gold Medal semasa wakil malaysia di Amerika, dia juga pensyarah dan tahu teknik menyanyi. Syafinaz jika komen pelajar, dia akan beritahu kelemahan, samada dari suara persembahan atau pemilihan lagu. Dia akan beri nasihat agar kena teruskan latihan Bubling jika pelajar ada masalah kelancaran sebutan. Dia akan pesan pelajar agar buka Diagframe agar suara penuh dan sampai jika hendak menarik suara pada korus. Begitu juga Ning Baizura yang memesan agar pelajar 'Buka mulut' sebesar-besarnya agar sebutan bulat dan jelas. Hetty Koes Endang pula bukan hanya beri semangat jika mengkritik, malah mencurahkan ilmunya sekali.Penonton menjadi semakin benci AF sebab adanya pengkritik yang mengada-ngada dan macamlah bagus sangat.
NOTA KAKI: Best part masa Adlin sedang komen, Que Haidar mengajuk cara bibirnya bercakap senget sambil tangan Que tunjuk isyarat macam mulut bechok, dan kamera shoot kearah Que.
PENERBIT TIDAK PEKA, ATAU PENGKRITIK TIDAK FAHAM?.
Apa kes masa Ain nyanyi lagu kedua Adlin komen tidak perlu kejar atau pandang kamera sedangkan orang di dewan jadi saksi Dollah Chantek arahkan Ain ke bergerak ke sini sana dan pandang kamera situ dan sini. Adlin tak nampak ker?. Salah Ain ker?. Sepatutnya jika pelajar membuat persembahan menggunakan gitar, pelajar hendaklah di nasihatkan berdiri tegak dengan Stand Microfon ataupun bermain gitar sambil duduk di atas Bar Stool ( bangku tinggi ) bukannya disuruh begarak ke sini sana kerana orang yang bermain gitar sambil bergerak walau tidak menyanyi akan membuat pergerakan kaku.
Semasa persembahan Adira pula, Adlin komen persembahannya Anti Klimaks, dan bertanya kenapa Adira nyanyi lagu Mercy yang rancak, baru lagu slow. Please la Adlin, wake up!...orang luar pun tahu penerbit atau tenaga pengajar yg tentukan lagu apa dulu dan lagu apa kemudian, please jangan tegur wartawan, tegurlah orang yang berkenaan. Pihak terbabitpun satu, sepatutnya tahu lagu slow sepatutnya lagu pertama dan lagu rancak kemuadian.Pada pihak belakang tabir, tolong faham ya, Yuna nyanyi duduk saja sambil main gitar dan Taylor Swift nyanyi berdiri saja sambil main gitar. kalau disuruh ke kiri ke kanan dan berjalan menyanyi sambil petik gitar ada tiga perbuatan serentak dan itu membuatkan suara tidak stabil dan gaya/pergerakkan tidak selari.
NOTA KAKI: Jimmy terangkan perihal susunan lagu tu pada Adlin, tapi Adlin selamba dengan wajah selamba.
PILIHAN LAGU YANG SALAH.
Lagu-lagu yang diberi pada pelajar ada yang tidak sesuai. Tolongah, lagu yang diberi pada Daus Mission Impossible tu bukan lagu pertandingan.Lagu tersebut menjerit-jerit tidak mencabar dan tidak sesaui untuk pertandingan. Begitu juga lagu Ain Fallin For You tu bukan lagu pertandingan, lagu tu tidak mencabar vokal langsung, itu lagu santai yang mendatar sesuai untuk main gitar ditepi pantai sambil menikmati Sea Breeze. Begitu juga lagu untuk Adira sebelum ini 'Kini' bukanlah lagu pertandingn dan langsung tidak mencabar vokal. Seharusnya orang belakang tabir peka dalam hal pemilihn lagu. Cuba bayngkan lagu Shima yang Ain bawa sedap dan merdu dan dapat pujian. Begitu juga lagu 'Kawan' dan "Bukan Aku Tak Cinta', bererti suaranya bagus, tapi sebab lagu yang diberi salah dan tidak sesuai, merosakkan persembahan mereka. Kalau Pelajar yang pilih sendiri lagu tak apa. Cuba bayangkan, pelajar pilih sendiri lagi bagus seperti konsert Tirai 'The Climb' yang Ain bawa sebab dia tahu tahap kemampuannya dan selesa dengan lagu genre macam mana. Cuba fikirkan mengap bintang besar macam Shila Majid stick dengan jazz, Ella dengan Rock? sebab mereka tahu kekuatan mereka disitu. Apa yang saya hairan, hampir setiap minggu ada pelajar yang kena nyanyikan lagu ciptan KRU, kenapa?.
AFUNDI MASUK.
Perkara ini dah jadi perkara yang membuat penonton semakin benci AF. Kata format penyingkiran tidak dibuat pada malam yang sama kerana hendak menyelamatkan pelajar berbakat dan memberi peluang pengundi berfikir dan menilai selama sehari untuk memastikan mengundi berdasarkan persembahan pelajar setiap minggu. Tapi kenapa ada lagi AF Masuk? sepatutnya tidak ada kerana telah cukup masa pengundi berfikir jika dibandingkan dengan dulu.Ya la, nak buat kejutan tapi orang lain merungut kerana penyokong pelajar tersebut terpaksa menggandakan undian sementara penyokong pelajar yang lain tidak puas hati kerana tidak adil pada pelajar yang kekal. Pada saya, apa nak hairan jika siapa pun yang di AF masuk?. Sejarah AF telah membuktikan antara pelajar AF Masuk adalah:-
Linda AF2, Lotter AF4, dan ARIL AF7 dan setiap yang di AF Masuk akan menjadi Naib Juara tapi hilang entah kemana selepas itu. Siapa hairan kalau Shahir menjadi naib juara? Ianya bukan kejutanpun. Tapi selalunya Naib juara tidak kemanapun, sebagai contoh Linda, Lotter, Felix, dan hampir semua tenggelam, manakala Aril AF7 pula, tengelam dan tertinggal jauh dari Akim yang hanya ditempat ke tiga, tetapi show lebat, lagu popular dan ke Juara lagu malah dia lebih menonjol dari Juara AF7 sendiri.
JANGAN PATAH SEMANGAT JIKA TIDAK KE FINAL.
Sejarah telah membuktikan menjadi juara bukan tiket berjaya. Sebagai contoh Faizal AF4 yang tidak kemanapun. Jangan bangga jika ke Final atao Top 5 kerana badinya akan menjagkit kerana jika anda ke final tetapi tidak juara, akan lenyap entah kemana. Lebih baik tersingkir awal seperti Aizat,Dafi,dan Diddy kerana mereka jauh lebih berjaya daripada yang ke final dan lebih cemerlang dari setengah JUARA AF.Contoh lain adalah Alyah yang tersingkir diminggu kedua OIM tetapi lagi terkenal dan berjaya dari si Juara iaitu Suki yang tenggelam entah apa-apa.
JUARA BUKAN JAMINAN
Seperti Faizal AF4, tidak ada apa yang hendak dibanggakan malah ramai yang tidak perasan dan terlupa yang dia pernah jadi juara. Contoh lain dari AF seterusnya adalah Alyah yang pernah menang 3 kali Juara iaitu Juara Wirawan EON ( 1994 ), Juara Bintang Asli ( 1998 ) dan Juara Bintang HMI ( 2000 ) tetapi tetap tidak kemana, tapi nasib baik dia cekal dan berusaha sendiri.
JIKA TIADA WANGPUN TAK AKAN JADI.
Sejarah telah membuktikan, jika ada bakatpun, jika tiada wang, tidak akan menjadi juga. Bayangkanlah Aizat dan Alyah nasib baik ada wang buat album.Bayangkan kalau Aizat dan Alyah tidak ada wang untuk keluarkan album sendiri, pasti bakat mereka tidak kemana.
Subscribe to:
Posts (Atom)