Monday, September 29, 2008

RUMAH KU TERBUKA PADA RAYA KE 5 (AHAD)

SEMUA DI PERSILAKAN DATANG, BUKAN HANYA PADA AHLI STACY FRENZ, MALAH PADA RAKAN TAULAN DAN KENALAN DI BLOG, MYSPACE DI PERSILAKAN DATANG PADA RAYA KE 5 NI, HARI AHAD. RUMAH AKAN DIBUKA SEBERMULA 6PM DAN DITUTUP PADA 11PM. DATANG LAH DI ANTARA JAM2 TERSEBUT YA. DI KESEMPATAN INI JUGA SAYA INGIN MEMOHON AMPUN DAN MAAF SEKIRANYA ADA TERKASAR BAHASA DAN TERLUCAH PERKATAAN SELAMA MENULIS BLOG INI, MAKLUMLAH... DAH TRADEMARK SAYA...BUKAN KOS KALAU BERGAMBAR TIDAK MELONDEHKAN BAJU DAN SELUAR. JUGA BUKAN KOS KALAU TIDAK BERCAKAP LUCAH HEH HEH HEH.
OLEH KERANA AREA TEMPAT AKU STAY TU TAK "MESRAAA...." SEPERTI TAGLINE BOB AF2, MAKA DI SERTAKAN DI SINI PETA YG AKU CILOK DARI PETA MENCARI HARTA KARUN 'PIRATES OF CARRIE UNDERWOOD'


Thursday, September 25, 2008

Tuesday, September 23, 2008

SI JAHAT YANG BERHATI MULIA

Pada yg pernah menyaksikan Drama "Seputih Qaseh Ramadhan" di TV3 sedikit masa lalu, mesti ingat watak jahat yg didukung oleh penyanyi, pelakon dan pengacara iaitu Ifa Raziah. Watak jahatnya itu membuat ramai yg benci padanya, sehinggakan emakku kat Sabah kata, kalau dia jumpa Ifa, dia nak tampar. Begitulah berkesannya lakonan Ifa melalui watak tersebut. Namun siapa sangka, rupa2nya dia memiliki hati yg begitu mulia. Bersempena Hari lahir beliau pada ahad lepas, 21.Sept, beliau telah berbesar hati meraikannya bersama kanak2 yatim berkongsi kegembiraan sempena hari lahirnya dan berkongsi rezeki yg diraihnya selama ini.
ANTARA MAKANAN YG TERHIDANG PADA MAJLIS HARI LAHIR TERSEBUT.
BILA DITANYA MENGAPA TIDAK MENJEMPUT PARA WARTAWAN, BELIAU MENERANGKAN YG BUKAN BELIAU LUPAKAN PARA WARTAWAN YG BANYAK MEMBANTU KARIER SENINYA SELAMA INI, TETAPI BELIAU SENGAJA TIDAK MAHU SEBARANG PUBLISITI UTK MAJLIS INI KERANA BELIAU IKHLAS.

SEBELUM MAJLIS BERMULA, BACAAN DOA SELAMAT MENDAHULUI MAJLIS.

SESI MEMBAHAGIKAN KUIH RAYA PADA ANAK-ANAK YATIM PADA MALAM ITU.
TIDAK LUPA JUGA IFA MEMBERIKAN DUIT RAYA PADA KANAK-KANAK YATIM TERSEBUT.
WALAUPUN MAJLIS TERSEBUT DI ADAKAN BEGITU SEDERHANA SEKALI DI RUMAH IBU IFA, TETAPI KEK TETAP MELETUP. ANTARANYA KEK DI HADIAHKAN OLEH ROSLAN SHAH ( SUDIRMAN SINGAPURA ), FAIZAL P.A DAN SATU LAGI DARI RAKAN IFA.

IFA SIBUK MELAYAN TETAMU MEMASTIKAN SEMUA KANAK-KANAK DAPAT MAKAN DAN MENDAPAT LAYANAN MESRA DARINYA.
WALAUPUN FRIDAY AKU TAK CUKUP TIDUR, LEPAS TU SABTU PUN BUSY DGN FOTOSHOOT STACY HINGGA 6a.m, TAPI AHAD TU AKU TETAP GAGAHKAN DIRI KE RUMAH IBU IFA. PADA KAK IFA, SELAMAT HARI LAHIR, SEMOGA PANJANG UMUR, MURAH REZEKI DAN DIKURNIAKAN KESIHATAN YG BAIK SEPANJANG TAHUN. INGATLAH, SERINGGIT KITA DERMAKAN...AKAN KEMBALI DUA RINGGIT PADA REZEKI KITA JIKA KITA BENAR2 IKHLAS DAN SELALU MENDERMA DAN BERKONGSI REZEKI.







Thursday, September 18, 2008

MERONDA KE IKEA CARI PERABOT CLIENT.

Pada minggu lepas aku, Faizal,Awie dan dua org lagi kawan Awie pergi ke Ikea. Kebetulan aku ada project yg nak disettlekan sebuah apartment sebelah KLCC aje...so sempatlah mencari perabot yg sesuai untuk apartment client tersebut. Payah juga, nasib baik bab lampu hiasan dan lampu biasa dah client pilih.
Ayo...macam Santa Clause la pulak...beg ni besar...aku pun muat heh heh heh....
Day Bed...memang sesuai, warna yang kelabu mcm ni mudah dipadankan dengan warna cat apa sekalipun.

Hah...ini lah FLOOR PLAN apartment tu. Selalunya aku hanya cari idea berpandukan Floor plan, dan baru lah pergi ke rumah client. Tapi kalau ada client yg gatal dan ngengada, aku kata busy dan will workout base on the Floor Plan...Pandai Nyerrr aku!.

Camana, nice...kan kitchen cabinet ni...? harganya taklah mahal...RM10,000 sajer...Ayo....!


Katil...mestilah aku rasmikan dulu...maaflah ya...wahai client ku, sebenarnya kamu tidur bekas2 aku jer heh heh heh.

Cermin adalah cara penyelesaian yang mudah untuk membuat sekitar rumah nampak lebih luas.








Tuesday, September 16, 2008

BIDUK LALU KIAMBANG BERTAUT, DI KALA BEDUK BERBUNYI

Rasanya ramai yg telah tahu atau pernah dengar kisah hangat tentang Ifa Raziah dan Azwan Ali. Satu kontroversi yg hangat tiba2 melanda dunia hiburan kita apabila Azwan dan Ifa mengeluarkan kenyataan mempertahan kan diri masing2 oleh kerana hal yg terjadi semasa ABPH di Genting sedikit masa lalu. Oleh kerana majlis Bintang Popular tu...mereka yg sebelum ini kawan comolot telah berselisih faham. Namun pada rakaman MELODI RAYA yang berlangsung di Sunway Lagoon mlm jumaat lepas, mereka sempat ditemukan oleh Michelle, cuma photo ini melalui H/Phone, so kurang jelas sikit.
Memang hangat...tapi persoalannya, berjaya ker michelle memujuk mereka berdua berdamai dan bermaafan? Jawapannya pada hari Raya nanti di MELODI RAYA, kerana memang tidak elok dan tidak eksklusif nanti program tu tidak eksklusif lah pula.
Aku Diva... atau dia Diva? siapa yang harus minta maaf dulu? Aik...pening aku jadinya.

Cantik...kan Ifa Raziah? semestinya kerana produk kecantikannya SERIFAH akan laris kerana ada bukti sahih bila kulitnya cantik bila memakai Produk yg dirumus khas utk kulit org Asia. Kulit Ifa memang putih gebu dan mulus.

Dengar khabar, ada seorang rakan baik saya nak tubuhkan Fan Club utk Ifa Raziah. Wah... apa lagi kaum ibu...kakak-kakak dan Diva2, nak belajar penjagaan kulit dan rahsia menjaga kecantikan, sila la...

Ini lah setting pentas pada awal petang sebelum berlangsungnya rakaman masa berbuka puasa hari tu.
*
Semalam join Awie dan Faizal berbuka di Bangsar, kami terus ke Melaka. Kebetulan Ifa ada shooting kat sana untuk Telemovie. Lepas Ifa habis shooting, kami mulanya nak ke Umbai, tetapi tukar planning ke Restoran Ikan Asam Pedas Power kerana hampir 12 tengah malam. Lepas makan kami bertolak balik ke KL dan sampai rumah pukul 2am.




Monday, September 15, 2008

MALAM RAMAH MESRA AIDIL FITRI STACY FRENZ & STACY

TERBUKA KEPADA SEMUA DAN BUKANNYA AHLI STACY FRENZ SAHAJA. DATANGLAH BERAMAI-RAMAI SAMBIL BERAMAH MESRA SESAMA KITA DAN JUGA DENGAN STACY.

PELBAGAI KERIANGAN DAN ATURCARA YANG MENARIK ANTARANYA IALAH:-

*PELUANG BERAMAH MESRA DGN STACY

* PERSEMBAHAN HIBURAN

* NYANYIAN DAN CELOTEH OLEH PENGACARA POPULAR ROSLAN SHAH

* PERSEMBAHAN TARIAN DARI DANCE STATION

* FESYEN SHOW DARI ICON MODELS AGENCY ( the new hottest agency in town )

* LUCKY DRAW

* PEMILIHAN PAKAIAN TERBAIK LELAKI & PEREMPUAN.

BAYARAN BOLEH DIBUAT MELALUI:-
NORSULIANA BT. MOHD SULAIMI ( MAYBANK 114179496744 )
MOHD ARFAN SHAH ( CIMN 12240071237521 )

Sekiranya bayaran telah dibuat,sila email atau sms butir-butir pembayaran :-
NAMA:
NO.KAD PENGENALAN:
TARIKH BAYARAN / BANK-IN
BAYARAN MELALUI BANK MANA?
RESIT NO.
Sekiranya melalui ATM deposit Machine, sila nyatakan SEQ NO.

Segala pertanyaan bolehlah menghubungi AJK di 012-3211120 atau 017-3975596 atau email kepada stacyfrenz2008@yahoo.com



Friday, September 12, 2008

RAMADHAN & RAYA FOTOSHOOT FOR STACY

Aku cuba seboleh mungkin tak nak letak photo atau Story Stacy pada BLOG aku ini, maklum lah org kita selalu mengata yg kita tumpang Glamour dgn artis2 mcm yg selalu aku dengar terjadi pada beberapa org yg rapat dgn artis yg memuatkan pic dan cerita artis2 lalu menjadi bahan umpatan nak lariskan Blog masing2. Tapi kali ini aku terpaksa tulis juga dan muatkan kerana ianya ada kaitan dgn Dunia Modelling dan penghargaan pada yg terlibat utk sesi Fotoshoot ini.
Manisnya Stacy bertudung. Ini bukan tudung CT ya...kebetulan jer tau, ni TUDUNG STACY. Kalau org lelaki yg tak pakai tudung pun ada tudung sendiri...mcm TUDUNG MAWI dan TUDUNG DATUK K...mengapa tidak ada TUDUNG STACY, kerana walau dia bukan Melayu, tapi dia perempuan dan lebih lojik kalau ada jenama TUDUNG STACY di pasaran.
AJK STACY FRENZ memamg multi-task. Bayangkan Laura tetiba jadi penyedia Props, mencari ketupat tapi tak dapat. Nasib baik dia ada idea bagus sediakan kurma utk fotoshoot ini. Riana pula tetiba keluarkan skillnya yg lama dia tinggalkan kerana berkecimpung ke dunia IT. Pada malam itu Riana telah kembali ke lubuknya menyolek wajah Stacy, dam tara....ni la hasilnya.

Aku pula pada mlm itu bertindak sebagai Co-Odinator gaya Stacy utk mencari pose2 yg menarik. Reen pula menjadi jurufoto, manakala Ann dan Lyana jadi Co-odinator pakaian utk Stacy. Manis...kan Stacy pakai baju kurung? bersungguh dia menjayakan fotografi ni demi peminat Melayunya yg berpuasa dan beraya tau!. Dia pun ada merakamkan lagu HARI RAYA tau...jgn hairan non-muslim menyanyikan lagu Raya, kita kan masyarakat majmuk?.


Heh heh heh...utk memanaskan gossip, sekali lagi aku bergambar dgn Reen.

Mcm kebetulan pula, Reen pakai jam baru...aku pun sebenarnya pakai jam PUMA hitam yg masih ada bau baru lagi keh keh keh.

Ni la PYRO...jurufoto kami pada malam itu, come on...I give U five atas good job kamo itu PYRO. Kalau sesiapa nak cari jurufoto utk Majlis kawen atau besday atau apa jer...cari lah dia ya

Ini lah muka2 mengantuk yg bersengkang mata dari 8.30pm hingga 3am pada mlm minggu tu.
Kita lihat apa kerjaya mereka utk masa depan berdasarkan penglibatan mereka malam itu :-
JAWATAN SEKARANG************MASA HADAPAN
Laura ( Secretary Stacy Frenz ) ****= Props
Kos Serani ( President Stacy Frenz ) = Co-Ordinator
Riana ( Admin stacy Frenz ) *******= Make-up Artis
Ann ( Webmaster Blog Stacy Frenz )=Co-ordinator pakaian
Lyana ( Marketing Stacy Frenz) ***= Co-ordinator pakaian
Reen (Special Task) **************= Jurufoto





KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.