Wednesday, September 10, 2014

MY 1ST. SOLO FASHION SHOW @ SHANGRIA ISLAND CAFE & BAR

Memang sangat mengujakan kerana walau tidak sampai setahun menjadi Designer tiba-tiba ada yang percaya akan bakat dan kreativiti kita. Tidak perlu menunggu setahun dua dalam bidang fesyen, saya telah mendapat peluang sebesar ini...syukur. Perjalanan show berjalan dengan lancar walau perancangan hanya dua minggu sahaja tetapi kerana saya telah biasa menjadi Floor Manager untuk majlis2 besar Stacy AF6 dan dibantu oleh krew2 yang saya pilih dan lantik sendiri. Show selama 30 minit menampilkan 11 model tinggi2 belaka ( 8 model lelaki dan 3 model wanita ). Lagu2 pilihan saya sendiri dan juga keograf oleh saya sendiri membuatkan saya berasa puas dengan keupayaan bakat bukan hanya sekadar menjadi Designer malah menjadi Man Behind the show yang biasanya diserahkan pada orang lain atau event management. Bertema kan Rugged Wear, pusingan pertama mengujakan dan mendapat tepukan serta sorakan yang tak henti2. Kemudian round kedua bertemakan Formal/Elegant membuat beratus penonton terpaku dengan kehadiran model2 yang kacak dan jelita memperagakan pakaian rekaan saya dengan penuh santun. Syukur show ini mendapat sambutan hangat sehinggakan ada job menanti tawaran dari management LQ yg sama offer pada saya. Ribuan terima kasih pada Areez@Antibiotik & Felix Bent yang memberi kepercayaan, juga pada Faizal Oda yang kreatif yang membantu sebagai ko-ordinasi serta tak lupa juga juru mekap profesional yang biasa membuat make up untuk TV drama dan movie iaitu Sab Ariyyan dan juga Hair Stylist profesional yang telah banyak membuat show dari Eyoi Team. Para hadirin malam tersebut juga sangat soprting dan datang dengan stylo dan ikut tema Party Fashion...kita jumpa lagi di Next Show.



QAYYIEM, EMAN SHAH & EDWIN MODEL-MODEL YANG TINGGI LAMPAI DAN SASA
FINALE ROUND
SAYA DIINTERVIEW OLEH MC
MARIA DENGAN PENAMPILAN ANGGUN, KELASS KAU MARIA

Tuesday, September 9, 2014

MY DESIGN FOR WINNIE KOK,KELVIN LAU, SUPERMODEL WILSON TAN & ATHLETE YONG KUONG YONG

STEVE YONG ( NATIONAL FOOTBALLER ), WINNIE KOK ( ACTRESS/SINGER ), WILSON TAN ( SUPERMODEL MALAYSIA ) ZENY ( SINGER ) & KELVIN TAN ( SINGER )

A great experience when I had the opportunity to provide clothing for the very well-known our Chinese celebrity in conjunction with the Chinese new year. Frankly I have never made ​​Cheongsam but because I want to take up the challenge and so excited to provide cloth for big stars, then I do some research and find the idea of ​​the concept of a clash with the theme name 'East Meet West', who thought a modern dress & long sleeves, but still with Oriental touches like mandarin collar, color textiles and textile motifs and patterns that still adhere to the theme.

It's just like a dream comes true, I'm so excited and so honored when my design wear by famous celebrity like our Singer Winnie Kok & Kelvin Lau, our very own Malaysia Supermodel Wilsson Tan, and national footballer/athlete Steve Yong Kuong Yong


HAPPY MOOD
START THE DAY FOR YEAR OF DRAGON WATER WITH SMILE & HAPPY MOOD
SONGBIRD, WINNIE KOK, SHE ALSO VERY WELL KNOWN AS SITI NURHALIZA NO.2 IN INDONESIA
OUR VERY OWN MALAYSIA SUPERMODEL, WINNER FOR BEST ASIA MODEL AWARD 2011

Monday, September 8, 2014

DESIGN BAJU ARTIS UNTUK BLUE CARPET AJL 26

Seperti sebelum ini saya terlibat design baju untuk artis di red carpet beberapa majlis berprestij seperti AIM, FFM dan lain-lain lagi, kali ini saya sekali lagi terlibat menyumbangkan idea kreatif untuk majlis Blue Carpet AJL ke 26. Seperti biasa, Kos Serani dari Kose Design & Collection tidak pernah memilih bulu, tidak kisah artis sendu, artis baru, waima artis popular sekalipun, layanan tetap sama kerana hidup ini ibarat roda, kadang kita di atas, kadang kita dibawah. Samalah juga dengan dunia artis ini kadang popular meletup-letup sekali merundun, jatuh terjelungkup dan begitu juga artis baru bila mana hari ini mereka baru menapak, tidak popular, tiba-tiba nama naik meletup-letup. Kisah Alyah menjadi pengajaran yang struggle hampir 10 tahun tidak popular-popularpun walau sudah menjadi juara Bintang HMI. Bila mencari penaja baju atau khidmat make up artis ramai yang menolak kata artis sendu la, produk RTM la X segah produk artis realiti lain dan macam-macam lagi. Tapi bila namanya sudah naik, mulalah ramai yang cuba menjadi penaja baju dan macam-macam lagi.

Walaupun tidak diberitahu warna tema AJL ke 26 kali ini hanya tema stail adalah Smart Casual, saya telah mentafsirkan iklan promo AJL ada elemen air dimana setiap artis dalam iklan promo itu berhujan, berbasah dan berendam, lalu terlahirlah difikiran saya warna biru dan jernih mewakili air. Selain warna kain pilihan berwarna biru, gaun artis wanita saya padankan dengan jenis kain organza agar nampak seperti kilauan air semasa artis berjalan di Blue Carpet. Syukur, pakaian mereka menjadi tumpuan lensa kamera sampai que time dah habis kerana artis lainpun hendak mengambil gambar di Wall Of Fame AJL tetapi jurukamera masih berebut masih mahu mengambil gambar Heela Monica iaitu penyanyi baru yang muncul bersama lagu baru bertajuk Migrain dan penampilan beliau sedondon dengan pasangannya Tameen bekas ahli kumpulan Mpop iaitu MAX 24:7. Seiring dengan usianya yang baru mencecah 19 tahun, saya tidak mahu dress ini sarat dengan beads atau aksesori nanti nampak macam artis berusia atau macam mak Datin .



Saturday, September 6, 2014

BELUM SETAHUN JADI DESIGNER DAH DIPILIH BUAT SOLO FASHION SHOW

PIC, SEMASA MASIF 2011 DI KLCC

Syukur, walau tidak sampai setahun menjadi Designer tetapi saya telah diberi kepercayaan untuk membuat Pertunjukkan Fesyen secara solo. Selalunya yang terlibat untuk pertunjukkan solo ini adalah Designer yang telah bertahun pengalaman. Kebiasaannya para Designer akan bergabung dalam sesebuah Fashion Show seperti MASIF, MIFA, MIFW dan lain-lain lagi dan pengalaman saya terlibat dalam beberapa fesyen show bergabung dengan Designer yang lain adalah satu kesempatan yang sangat berharga pada setiap Designer terutama yang baru berjinak-jinak, malah adea yang telah lama menamatkan pengajian tetapi masih tidak berpeluang terlibat dalam mana-mana fesyen show bergabung, apatah lagi secara solo.

Inilah rezeki dan kuasa tuhan namanya. Rasanya berbaloi pengorbanan saya ke Pulau Pinang semasa Ramadhan lepas terlibat dalam pertunjukkan amal Fesyen Show sempena majlis berbuka puasa dan duit kutipan didermakan kepada rumah kebajikan. Setelah dari itu, rezeki saya semakin mencurah-curah sehinggakan tempahan dan show berlambak. Syukur....

Friday, September 5, 2014

BUSY DENGAN PHOTOSHOOT MAJALAH EDISI RAYA, RAKAMAN TV RAYA DAN JAMUAN BERBUKA PUASA ARTIS

 FIQ JUARA MENTOR & WANA JUARA MYSTAR LG MEMAKAI BAJU DARI KOSSERANI

Syukur, kerjaya saya sebagai Designer semakin sibuk dengan Fesyen Show dan tempahan baju2 Raya serta majlis Perkahwinan dan sebulan sebelum Ramadhan saya sudah sibuk dengan jadual untuk photoshoot majalah Edisi Raya menyediakan baju2 koleksi Raya untuk artis2 tempatan, juga rakaman TV Raya serta artis2 yg memesan baju untuk dipakai semasa majlis berbuka puasa. Sangat penat tapi berbaloi-baloi kerana walau baru setahun menjadi Designer tetapi telah mengorak langkah semakin jauh, syukur kerana ada senior dari Kolej sama saya belajar dah lebih 3 tahun menggenggam Diploma Fashion & Design tapi belum pernah mendapat jemputan Fesyen Show apatah lagi keluar majalah dan dmajlis Anugerah. Itulah orang kata, rezeki kita akan murah kalau hati kita bersih, tidak mencarut orang samada diluar atau di FB, selalu bersyukur dan positif melihat kejayaan orang lain dgn merasa Happy melihat kejayaan orang, tuhan akan permudahkan jalan hidup dan rezeki kita.

SABHI SADHI MENGGAYAKAN BAJU MELAYU DARI KOSSERANI

KLIK KAT SINI KALAU NAK EXTRA MONEY.